Thursday, October 9, 2008

Nak Duit Zakat Fitrah ?

Beberapa hari sebelum tiba Idil Fitri, saya membayar Zakat Fitrah di Masjid. Imam mengumumkan selepas sembahyang Jumaat bahawa ada tabung di belakang masjid dengan label zakat fitrah. Arahan beliau, masukkan NZ$ 10 bagi setiap ahli keluarga ke dalam tabung tersebut. Terkejut saya, 'betul ke tok Imam ni !"



Saya kemudiannya bertanya kepada dua orang sahabat yang kedua-duanya adalah rakyat NZ, iaitu Niklin dan Sayid. "Tidakkah perlu saya berjumpa dengan Imam, bersalam (akad), berdoa dsbnya. Dengan pantas Sayid menjawab, "masukkan sahaja dalam kotak tu, Allah mengetahui segalanya ...". Saya terkedu..



Di satu malam yang lain, selepas sembahyang terawikh di Masjid, seorang AJK Masjid bertanya samada saya mahu menerima duit zakat atau mengenali sesiapa yang boleh diberikan wang zakat. Dengan pantas saya menjawab saya tidak layak menerimanya dan juga tidak mengenali sesiapa yang layak. Mungkin itulah cabaran AJK Masjid tersebut kerana tiada orang yang fakir atau miskin di sini. Mana tidaknya semua penduduk yang tidak berkerja menerima elaun dari kerajaan. Fikir saya, mungkin ada asnaf lain seperti memerlukan.

4 comments:

  1. Salam,
    Selamat Hari Raya dan Kami di HEA! Hari ni ada jamuan hari raya UiTM Johor n masih dalam mood raya lagi kot. So camner life sekarang, hopefully semua ok!

    ReplyDelete
  2. Canopus
    Raya kat sini semuanya ok. Namun sentiasa teringat keseronakan beraya di pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan di UiTM Johor. Saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua staf HEA terutama bosnya Tuan Canopus... he he

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Begitulah seadanya di luar negara. Sebenarnya sekarang ini sudah ada berbagai cara membayar zakat termasuk melalui internet, SMS dan kiosk seperti untuk mengeluarkan duit dari bank. Cuma masyarakat rasa macam tidak sempurna kalau tidak ada ijab dan qabul. Ia tetap sah yang penting adalah NIAT ketika membayar zakat. Kalau tidak ia boleh menjadi sedekah biasa. Wallahua'alam.
    Semasa saya di Edinburgh dulu, saya pernah menerima wang zakat. Memang kami orang miskin hingga suatu ketika kawan-kawan kumpul duit untuk disumbangkan kepada kami anak beranak. Masakan tidak, apabila kawan datang ke rumah, yang ada hanya duit 50 pence sahaja. Beras, susu dan peti ais kosong. Masa tu memang tengah kronik kerana biasiswa saya di upgrade dari master ke Phd dan kena tunggu 6 bulan.
    Selamat Maju Jaya dan Salam Aidil Fitri dari kami di Johor Bahru.

    ReplyDelete
  4. Salam Us. Dr Ahmad,

    Terima kasih atas penjelasan tentang perkara zakat tersebut. Memang saya rasa janggal juga sebab tiada ijab & akad semasa membayarnya. Namun saya ikut sahaja apa arahan yang dikeluarkan oleh tuan Imam. Selain itu berkaitan amal ibadah, banyak juga kejanggalan bila dibanding dengan masyarakat antara bangsa yang lain seperti dari Afrika.. Namun saya berpegang sahaja dengan sedikit pengetahuan yang dipelajari di Malaysia.

    Sedih hati kami membaca kisah Us Dr. Ahmad semasa menuntut ilmu di UK. Alhamdulillah segala pengorbanan dan kesusahan tersebut telah membuahkan hasil. Saya doakan agar Us Dr. Ahmad dan Pn Sapiah terus berjaya dan terima kasih atas nasihat dan bimibngan yang diberikan oleh us. Dr. Ahmad dan Pn Sapiah kepada kami. Jumpa lagi

    ReplyDelete