Saya baru sahaja selamat membentangkan rancangan penyelidikan pada pagi ini. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memudahkan perjalanan PhD kami. Setinggi terima kasih kepada mak & abah dan juga sahabat-sahabat yang mendoakan kejayaan kami. Walaupun ianya hanyalah sekadar research proposal, namun jika gagal kena buat lain pulak .. banyak susah ooo.
Sudah 2 minggu tidur pun tak berapa lena. Anak-anak pun tak dapat berjalan dan bercuti, terperap di rumah sahaja. Sebulan lepas berjanji dengan Najmi nak bawa dia berjalan ke Theme Park di Auckland, tiba-tiba supervisor beritahu dah boleh present proposal, jadi terpaksalah tunda rancangan tu sebab nak 'prepare'. nasib baik Najmi memahami. InsyaAllah bila papa dah lulus ujian memandu nanti, papa akan bawa jalan-jalan ke Auckland.
Najmi said, "You look like a school principal"
Diorang ni faham ke, apa yang aku try nak buat ni ? he he
Inilah supervisor kami Prof. Tony van Zijl & Prof Keitha Dunstan
Terima kasih kengkawan atas sokongan