Semalam (1 September 2008) ialah hari terakhir bulan Syaban dan juga Hari pertama musim bunga. Kami di NZ mula berpuasa hari ini, iaitu lewat sehari dari keluarga dan rakan-rakan di Malaysia tetapi InsyaAllah akan raya di hari yang sama .. ha ha.
Pada 31 Ogos (Hari Merdeka), saya bekerja di Bunnings Warehouse, Naenae dari pukul 5-9pm. Ia adalah aktiviti 'fundraising' untuk mengumpul dana bagi membina tamat permainan yang baru bagi sekolah Najmi. Turut serta ialah guru-guru dan ibubapa pelajar Epuni Primary School dan sekolah berhampiran. Kami bekerja mengira stok (Stock take) dan setiap jam kami bekerja, pihak sekolah akan di bayar NZ$12.00.
Pandai sunguh guru besar sekolah Najmi mencari duit. Aktiviti ini bagus juga untuk mengeratkan hubungan ibu-bapa dan guru-guru. Sejak hari saya bersetuju untuk join 'fundraising', guru disiplin (Mr. Lod) sentiasa akan bersalam dan menegur mesra saya setiap kali saya datang mengambil Najmi. Guru-guru lain pun begitu juga. Semalam Najmi pulang gembira dari sekolah bilamana Ms. Willing (Principal) dan Mrs Skippers (Guru Kelas) memberitahunya saya bekerja kuat pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment