Monday, September 8, 2008

Masakan Fiji

Berbuka puasa di Masjid. Itulah pengalaman pertama bagi Imran, Ain dan Najmi. Semalam kami bawa mereka berbuka puasa (sebenarnya mereka tak puasa) di Lower Hutt Islamic centre. Rasanya kami perlukan kelainan. Asyik berbuka dirumah sahaja. Bosan juga.



Tamar, kuih dan buah-buahan



Antara jemaah yang hadir


Kami makan sedikit tamar, kuih dan buah-buahan, selepas itu kami semua sembahyang berjemaah. Anak-anak ini makan berselera nasi ala-ala nasi minyak bersama lauk kari daging. Gambar nasi tu tak sempat tangkap, sebab tak tahan melihatnya dihidangkan, tengah panas pulak tu. Menu hari itu disediakan oleh kumpulan muslim dari Fiji, simple sahaja tetapi sedap. Alhamdulillah.




Sedap.. kata Imran, Najmi mulut tengah penuh



Uncle Niklin & Faris yang banyak membantu kami di sini


Teringat kembali saat kecil ketika di kampong, seronok sungguh kalau berbuka di Masjid. Masjid di kampong saya di Kg Poh, Bidor, Perak akan mengadakan majlis berbuka besar-besaran pada 27 Ramadhan. Satu kampung akan berbuka di masjid. Bermula dari siang akan ada gotong royong dari menyembelih binatang, sampailah memasak. Di sebelah malam ada majlis khatam Quran, dan semua kanak-kanak yang betadarus akan dapat duitraya. Anak-anak yatim dan ibu tunggal pun akan dapat wang juga. Mungkin zaman sekarang, anak-anak lebih tahu buffet di hotel sahaja.

No comments:

Post a Comment