Sunday, September 21, 2008

Dua Kegembiraan

Sebelum Ramadhan tiba, hati tertanya-tanya adakah seronok berpuasa di New Zealand ini. Ialah makanan tidak semewah di Malaysia, tambahan pula tiada pasar Ramadhan yang boleh dituju. Syukur Alhamdulillah, walaupun berbuka dengan sederhana, namun ianya penuh dengan kegembiraan. Benarlah sabda Rasulullah saw, Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah swt.



Najmi asyik bertanya "Is the food Halal, papa ?"


Sedap


Ain, puasa ke ?


Kemeriahan berbuka di Masjid Kilbirnie


Antara jemaah yang hadir.. ramai lagi tak muat dalam kamera ni


Murtabak Hutt City... Hantam saja la Labu

Kami cuba pelbagaikan tempat berbuka puasa. Selain dari berbuka di rumah, kadangkala kami berbuka di Masjid Lower Hutt ataupun Masjid Kilbirnie. Pernah juga kami berbuka di Restoran Kayu Manis dan Satay Kajang. Selain itu, di sebalik kesibukan belajar, sempat juga kami mencuba untuk membuat murtabak. (Teringat kesedapan murtabak Singapura, Murtabak Utara dan pelbagai jenis lagi… )

5 comments:

  1. Salam Khairul.

    Apa khabar? Saya seronok tengok gambar anak-anak Khairul (termasuk bapanya juga) gembira ketika berbuka. Semoga ceria selalu. Selamat menyambut malam qadar.

    ReplyDelete
  2. Najmi puasa ker? As usual, bile dapat makan, mesti happy sangat. Hehe

    ReplyDelete
  3. Salam

    En. Halim,
    Terima kasih En. Halim, Selamat Berpuasa & Selamat Mengejar Lailatul Qadar

    Cik Ja,
    As usual, Najmi always happy bila makan... Dia sorang sahaja yang put on weight kat sini. Semalam angah dah keluarkan PS2 punya 'dancing mat' untuk kuruskan dia. Bergegar satu rumah dia exercise.. ha ha

    ReplyDelete
  4. Sungguh sedap murtabak hari tu. Terima kasih Abg Khairul ngan Kak Deb kerana ingat jugak kami kat Drummond st ini heheh

    ReplyDelete
  5. xde sapa boleh lawan najmi dancing. sangatla laju dan bertenaga. hehe.

    ReplyDelete