Program ‘menunjuk-nunjuk’ atau ‘riak’ akan akan diadakan setiap hari khamis minggu terakhir setiap bulan anjuran pelajar PhD SACL. Saya menerima email jemputan dan bersetuju untuk turut menyertai. Masing-masing akan bercakap sekejap apa yang beliau lakukan (progress) sepanjang tempoh 1 bulan. Objektif sebenar disebalik progam itu ialah supaya menimbulkan perasaan cemburu atau ‘jealous’ bagi memberi cabaran dan ingatan kepada mereka yang lambat atau leka. Semoga ia akan melajukan progress pengajian kami.
Kami sangat gembira belajar di sini. Alhamdulillah kami selesa dengan bilik yang disediakan dan kemudahan lain seperti komputer, laser printer, photostat machine, stationary dan dapat pula suratkhabar percuma setiap hari. Di SACL semua pelajar PhD mendapat kemudahan dan layanan yang sama seperti staff. Beberapa kali juga supervisor (kebetulan SACL punya Head) bertanya samada saya dan deb ingin mengajar tutorial, jawapan kami ringkas ‘tidak buat masa ini’. Kekangan masa adalah faktor utama. Dapat menguruskan rumah, anak-anak ini pun dah seribu rahmat. Selain mengambil nasihat peribadi dari bekas pensyarah PM Dr. Loo Ern Chern.
Best nye belajar bersama rakan-rakan di sana ya... suasana yg memang sukar nak dpt di malaysia.. selamat berpuasa.. pada akhir ramadan, rebt yg terbaik. doakan utk sahabat ini di sini juga..
ReplyDeleteSalam Ustaz,
ReplyDeleteSahabat-sahabat di Malaysia sentiasa dalam ingatan. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah.