Wednesday, September 24, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai

Di Carterton, dua minggu yang lepas diadakan ‘Daffodil Carnival’ dan seminggu yang lepas, di Palmerston North ada pula ‘Sakura Festival’. Musim bunga la katakan. Semua bunga sedang berkembangan. Namun kami sekeluarga tidak turut serta kerana Ada Perjuangan Yang Masih Belum Selesai.




Inilah kot bunga Daffodilnya


Kembang pagi ke  Kembang petang ?

Tanggal 26 September (Jumaat), deb akan membentangkan cadangan penyelidikan beliau. Yang istimewanya kali ini, perbentangan ini bukan sahaja akan dihadiri oleh staf dan kakitangan SACL, tetapi juga oleh Prof. Stephan Taylor , iaitu visiting professor dan pakar dalam ‘Market Based Accounting Research (MBAR)’. Mengikut kata Prof. Keitha (Head of SACL), beliau ialah 'leading researcher' dalam (MBAR) di Australia. Macam mana tak risau, namun kami berharap kehadirannya nanti dapat memberikan ‘feedback’ yang boleh membantu memudahkan penyelidikan tersebut.




Rasanya bunga Sakura ni ..



Lebatnya macam bunga kertas di Malaysia... (he he macam pergi)

Kami sentiasa berdoa kepada Allah swt agar perbentangan tersebut berjalan lancar. Kepada kawan-kawan yang menjemput kami mengikuti lawatan sambil belajar, kami ucapkan terima kasih, janganlah serik. Jemputlah lagi.. InsyaAllah kalau ada kelapangan kami akan pergi. Berbalik kepada bunga Daffodil dan Sakura, InsyaAllah, jika masih kembang… Hari raya ke 2 atau cuti sekolah nanti kami akan ziarahi,,, he he

9 comments:

  1. Salam,

    Deb..good luck with ur presentation.After this dah boleh raya sakan and jalan-jalan...he.he..

    ReplyDelete
  2. puan wan, good luck!!:)

    ReplyDelete
  3. Salam....Khairul & Deb...

    terjumpa link ke blog ni thru blog Prof. Kamil....
    i'm not sure whether Khairul still remember me or not....saya pun main agak2 je ni...Khairul dulu pernah buat diploma di UiTM Manjung kan? then pernah jd OC masa orientation tahun 1994...bcoz saya rasa mcm kenal Khairul during that year. Saya pun jd OC gak masa tu....ha..lg satu, U ada kwn nama Mus kan?

    just to intoduce myself....panggil je Anis...lecturer QS di FSPU, shah alam...now tgh further study for my PhD kt Salford Uni. di Manchester since Jan 2008. So, kalau betul le apa yg saya katakan kt atas tu...hope we can be friends.....do keep in touch.

    Salam Syawal 1429H

    ReplyDelete
  4. KCik, good luck & All the Best 4 ur presentation!
    InsyaAllah semoga semuanya berjln lancar..

    ReplyDelete
  5. Kak Na, Rehan, ueya...

    Terima kasih..
    Alhamdulillah... semuanya telah berjalan lancar dah selamat...
    MERDEKA! 3x

    ReplyDelete
  6. Salam Khairul dan Deb.

    Perjuangan kita belum selesai. Semoga Deb berjaya mempertahankan proposalnya. Saya yakin Deb boleh. Terima kasih Deb kerana pinjamkan proposalnya dulu.

    Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  7. En Halim,
    Terima kasih... alhamdulillah, semuanya ok.

    Kami ucapkan selamat maju jaya kepada En Halim juga.
    Semoa kita sama-sama mendapat kejayaan berterusan dunia dan akhirat.

    Amin.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan rumah
    Cuma nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  9. Salam Anis
    Betul, dulu kita sama-sama jadi OC kat ITM Manjung... Mesti kenal dengan Nashrudin kan...

    Salam Zamri,
    Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete