Monday, September 8, 2008

Salam Perantauan

Semalam saya hubungi mak di Malaysia. Emak beritahu ucapan selamat hari raya kami telah keluar di akhbar Utusan Malaysia 8 September 2008. Saya senyum dengan penuh gembira. Impian telah jadi kenyataan. Deb mengusik saya "Nothing special about it". Hati kecl saya membidas, "dia tidak mengerti".



Saya teringat kembali nasihat Mak dan Abah sewaktu saya bersekolah dahulu agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Mereka berkata bersekolah jauh di kampong tidak menghalang kejayaan selagi kita berusaha dan tidak putus asa. Abah pernah menyatakan bahawa dia nak lihat gambar ucapan selamat hari raya saya di surat khabar..Tanggal 8 September 2008 saya telah memenuhi impiannya. Salam di Perantauan itu sebenarnya memberi suatu dorongan yang kuat kepada saya untuk terus melangkah ke hadapan.

7 comments:

  1. Assalamualaikum..

    En K..

    Saya dah tengok gambar dan ucapan encik sekeluarga di Utusan Malaysia..hehehehe...
    Alhamdulillah encik, impian dah jadi nyata..dulu-dulu saya pun suka baca ruangan salam perantauan di akhbar-akhbar tempatan bila tiba hampir tiba musim raya, ruangan yang wajib dibaca hehehe...emm...manalah tahu saya pun boleh jadi mcm encik K dan puan wan, terbang menuntut ilmu jauh ke di sana..hehehhe...doakanlah saya..;)

    Salam Ramadhan..selamat bertarawih..;)

    ReplyDelete
  2. KA.. gambar aku tak keluarlaa. Penat posing

    ReplyDelete
  3. Huda,
    InsyaAllah, gilran Huda akan tiba nanti

    Syah,
    Hang punya keluar a day before Idil Fitri kot?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. apa khabar? Ma call Kna semlm bgtau gambar Khairul,KCik & anak2 masuk Utusan.. Kna tengok kat Utusan Online.. sebelah gambar tu, gambar family kwn KNa & ANil kat UK (Dr Hezerul & family).. Selamat berpuasa.. take care!

    ReplyDelete
  5. Kak Na,
    Terima kasih & Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  6. Tahniah dah kuar utusan.. kami punya tak keluar2, so hantar ke kosmo la plak.. dah ada response tapi belum keluar.. tengah tunggu laa nii..

    ReplyDelete
  7. Salam Madi,
    InsyaAllah akan keluar pada hari membakar lemang (a day before Aidil Fitri).

    ReplyDelete