Monday, September 29, 2008

Drummond-Ifthar-Reunion

Kami berbuka puasa bersama adik-adik Drummond Street. Rasa macam reunion pulak. Terima kasih kepada farah dan semua adik-adik (Zen, Nuha, Yasmin, Moon, ....) yang meraikan kami. Dalam kesibukan farah, sempat dia menganjurkan ifthar untuk kami.


 




Turut dijemput ialah Jestin dan keluarga (VUW-PhD Architecture). Akhirkata terima kasih sekali lagi kerana ifthar tersebut dan juga kerana membantu kami semasa kami baru tiba di Wellington.

Sunday, September 28, 2008

Menagih Janji

Selepas hampir sebulan, anak-anak ‘stranded’ di rumah, Sabtu lepas semuanya berubah. Deb sudah boleh tersenyum gembira. Hatinya lega selepas selesai ‘defend proposal’. Anak-anak pun tak sabar-sabar untuk menagih segala janji yang telah di buat oleh mama .




Najmi nak skateboard



Happy Birthday Imran - Saya nak basikal



Happy Birthday Ainul - Ain nak basikal pink



Basikal ni 4 kedai pergi baru jumpa saiz Imran



Gembira melihat mereka gembira.. Terima kasih kerana bersabar




Bermain basikal di Mitchel Park - (100m dari rumah je)



Najmi testing Imran's bicycle




Di Wellington tiada theme park seperti di Genting Highland Malaysia

Najmi juga menyatakan hasratnya mahu ‘round the world’, nak pergi Disneyland. Nak bermain di theme park katanya. Mungkin dia ingat papa dan mama dia kerja print NZD ke ?... haha.. Kalau di Malaysia boleh juga bawa pergi ke Genting Highland. Tapi kat sini ‘funfair’ pun tak nampak batang hidung….

Proposal Presentation

Alhamdulllah. Syukur kepada Allah swt. Perbentangan proposal oleh deb berjalan lancar. Deb membentangkan proposal selama 40 minit dan selepas itu ada pula sesi soal jawab selama 20 minit.



Ready, set, go!!!


Bersungguh-sungguh explain...


1st Supervisor - Prof. Ketha Dusntan gembira sungguh hari tu


with Prof. Tony van Zijl (2nd Supervisor)


Uyanga - sahabat dari Mongolia yang turut hadir

Selepas itu, 8 ahli ‘Research Committee’ bersidang dan kemudiannya memutuskan penyelidikan tersebut ‘doable’ dan boleh diteruskan. Kami bersyukur kepadaNYA kerana memudahkan perjalanan ini.

Wednesday, September 24, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai

Di Carterton, dua minggu yang lepas diadakan ‘Daffodil Carnival’ dan seminggu yang lepas, di Palmerston North ada pula ‘Sakura Festival’. Musim bunga la katakan. Semua bunga sedang berkembangan. Namun kami sekeluarga tidak turut serta kerana Ada Perjuangan Yang Masih Belum Selesai.




Inilah kot bunga Daffodilnya


Kembang pagi ke  Kembang petang ?

Tanggal 26 September (Jumaat), deb akan membentangkan cadangan penyelidikan beliau. Yang istimewanya kali ini, perbentangan ini bukan sahaja akan dihadiri oleh staf dan kakitangan SACL, tetapi juga oleh Prof. Stephan Taylor , iaitu visiting professor dan pakar dalam ‘Market Based Accounting Research (MBAR)’. Mengikut kata Prof. Keitha (Head of SACL), beliau ialah 'leading researcher' dalam (MBAR) di Australia. Macam mana tak risau, namun kami berharap kehadirannya nanti dapat memberikan ‘feedback’ yang boleh membantu memudahkan penyelidikan tersebut.




Rasanya bunga Sakura ni ..



Lebatnya macam bunga kertas di Malaysia... (he he macam pergi)

Kami sentiasa berdoa kepada Allah swt agar perbentangan tersebut berjalan lancar. Kepada kawan-kawan yang menjemput kami mengikuti lawatan sambil belajar, kami ucapkan terima kasih, janganlah serik. Jemputlah lagi.. InsyaAllah kalau ada kelapangan kami akan pergi. Berbalik kepada bunga Daffodil dan Sakura, InsyaAllah, jika masih kembang… Hari raya ke 2 atau cuti sekolah nanti kami akan ziarahi,,, he he

Monday, September 22, 2008

Terima Kasih Atas Ingatan

Alhamdulllah. Kami menerima bekalan makanan dari Malaysia lagi. Kali ini, ia dihantar oleh Ma & Abah . Terima kasih kepada Cik Elly dan Cik Su yang tolong membelikan stok tersebut. Selain itu Kak Na & Abang Aznil turut menghantar baju raya & kuih raya untuk kami. Terima kasih, Alhamdulillah. InsyaAllah raya ni kami akan pakai baju raya baru .. he he




Thank you !!! Bestnya !!!



Kat sini tak ada jual kat Raya, terima kad raya dari kami  !!!



Untuk kengkawan... terimalah ingatan tulus ikhlas dari kami ini.

Terima kasih juga kepada Along & Abg Amy yang menghantar stok makanan dan buku-buku rujukan untuk Najmi. Tidak lupa kepada Opah, Atuk, Syah, Zati,dan semua rakan-rakan yang telah menghantar hadiah dan kad raya (Kak Onah, Syam dll) .. Terima kasih..

Sunday, September 21, 2008

Dua Kegembiraan

Sebelum Ramadhan tiba, hati tertanya-tanya adakah seronok berpuasa di New Zealand ini. Ialah makanan tidak semewah di Malaysia, tambahan pula tiada pasar Ramadhan yang boleh dituju. Syukur Alhamdulillah, walaupun berbuka dengan sederhana, namun ianya penuh dengan kegembiraan. Benarlah sabda Rasulullah saw, Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah swt.



Najmi asyik bertanya "Is the food Halal, papa ?"


Sedap


Ain, puasa ke ?


Kemeriahan berbuka di Masjid Kilbirnie


Antara jemaah yang hadir.. ramai lagi tak muat dalam kamera ni


Murtabak Hutt City... Hantam saja la Labu

Kami cuba pelbagaikan tempat berbuka puasa. Selain dari berbuka di rumah, kadangkala kami berbuka di Masjid Lower Hutt ataupun Masjid Kilbirnie. Pernah juga kami berbuka di Restoran Kayu Manis dan Satay Kajang. Selain itu, di sebalik kesibukan belajar, sempat juga kami mencuba untuk membuat murtabak. (Teringat kesedapan murtabak Singapura, Murtabak Utara dan pelbagai jenis lagi… )

Wednesday, September 17, 2008

Najmi's Best Friend

Imran sudah mula berpindah ke kindergarten sessi pagi dan InsyaAllah minggu depan ialah minggu terakhir Ain di kindergarten. Ain sudah tak sabar untuk bersekolah bersama Najmi di Epuni Primamry School. Sekolah itu mereka mempunyai pelajar dari pelbagai latarbelakang, ada dari Eropah, Afrika, Asia dan juga orang tempatan. Jadi tidaklah menjadi kepelikan bagi Najmi dan Ain di situ.




Najmi and his best friend - Heeth

Baru-baru ini Joanna, ibu kepada classmate Najmi, memohon kebenaran untuk anaknya bermain bersama dengan Najmi, kami mengalukannya. Dapatlah mereka bermain chess dan PS2 bersama-sama pada hujung minggu lepas.

Slides Setahun Yang Lepas

...

Saturday, September 13, 2008

Program 'Menunjuk-Nunjuk' @ Riak

Program ‘menunjuk-nunjuk’ atau ‘riak’ akan akan diadakan setiap hari khamis minggu terakhir setiap bulan anjuran pelajar PhD SACL. Saya menerima email jemputan dan bersetuju untuk turut menyertai. Masing-masing akan bercakap sekejap apa yang beliau lakukan (progress) sepanjang tempoh 1 bulan. Objektif sebenar disebalik progam itu ialah supaya menimbulkan perasaan cemburu atau ‘jealous’ bagi memberi cabaran dan ingatan kepada mereka yang lambat atau leka. Semoga ia akan melajukan progress pengajian kami.




Rutherford House, Pipitea Campus (Office kami Level1 -RH 126)




Inilah pejabat kami berdua… Share lagi.. Jangan Jealous

Kami sangat gembira belajar di sini. Alhamdulillah kami selesa dengan bilik yang disediakan dan kemudahan lain seperti komputer, laser printer, photostat machine, stationary dan dapat pula suratkhabar percuma setiap hari. Di SACL semua pelajar PhD mendapat kemudahan dan layanan yang sama seperti staff. Beberapa kali juga supervisor (kebetulan SACL punya Head) bertanya samada saya dan deb ingin mengajar tutorial, jawapan kami ringkas ‘tidak buat masa ini’. Kekangan masa adalah faktor utama. Dapat menguruskan rumah, anak-anak ini pun dah seribu rahmat. Selain mengambil nasihat peribadi dari bekas pensyarah PM Dr. Loo Ern Chern.

Friday, September 12, 2008

Tidak Mahu Pergi

Musim sejuk seakan-akan tidak mahu pergi. Walaupun sudah hampir 2 minggu berada di musim bunga, cuaca menjadi semakin sejuk. Harap ianya berakhir secepat mungkin. Bila sejuk-sejuk ini teringat keseronakan cuaca panas di Malaysia. Apabila tengok bil elektrik dan gas bulan lepas Alamak bil melambung tinggi. Bil letrik NZ$226 sementara bil gas NZ130. Awat mahe sangat. Mahu tak mahu, bayar jugak lah…

Monday, September 8, 2008

Salam Perantauan

Semalam saya hubungi mak di Malaysia. Emak beritahu ucapan selamat hari raya kami telah keluar di akhbar Utusan Malaysia 8 September 2008. Saya senyum dengan penuh gembira. Impian telah jadi kenyataan. Deb mengusik saya "Nothing special about it". Hati kecl saya membidas, "dia tidak mengerti".



Saya teringat kembali nasihat Mak dan Abah sewaktu saya bersekolah dahulu agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Mereka berkata bersekolah jauh di kampong tidak menghalang kejayaan selagi kita berusaha dan tidak putus asa. Abah pernah menyatakan bahawa dia nak lihat gambar ucapan selamat hari raya saya di surat khabar..Tanggal 8 September 2008 saya telah memenuhi impiannya. Salam di Perantauan itu sebenarnya memberi suatu dorongan yang kuat kepada saya untuk terus melangkah ke hadapan.

Masakan Fiji

Berbuka puasa di Masjid. Itulah pengalaman pertama bagi Imran, Ain dan Najmi. Semalam kami bawa mereka berbuka puasa (sebenarnya mereka tak puasa) di Lower Hutt Islamic centre. Rasanya kami perlukan kelainan. Asyik berbuka dirumah sahaja. Bosan juga.



Tamar, kuih dan buah-buahan



Antara jemaah yang hadir


Kami makan sedikit tamar, kuih dan buah-buahan, selepas itu kami semua sembahyang berjemaah. Anak-anak ini makan berselera nasi ala-ala nasi minyak bersama lauk kari daging. Gambar nasi tu tak sempat tangkap, sebab tak tahan melihatnya dihidangkan, tengah panas pulak tu. Menu hari itu disediakan oleh kumpulan muslim dari Fiji, simple sahaja tetapi sedap. Alhamdulillah.




Sedap.. kata Imran, Najmi mulut tengah penuh



Uncle Niklin & Faris yang banyak membantu kami di sini


Teringat kembali saat kecil ketika di kampong, seronok sungguh kalau berbuka di Masjid. Masjid di kampong saya di Kg Poh, Bidor, Perak akan mengadakan majlis berbuka besar-besaran pada 27 Ramadhan. Satu kampung akan berbuka di masjid. Bermula dari siang akan ada gotong royong dari menyembelih binatang, sampailah memasak. Di sebelah malam ada majlis khatam Quran, dan semua kanak-kanak yang betadarus akan dapat duitraya. Anak-anak yatim dan ibu tunggal pun akan dapat wang juga. Mungkin zaman sekarang, anak-anak lebih tahu buffet di hotel sahaja.

Thursday, September 4, 2008

Pasar Ramadhan

Hari ni nak  pergi pasar Ramadhan kat mana, dekat Nagoya ke? depan UiTM? depan Klinik Segamat? Kg Jawa? atau Taman Yayasan?


Nak beli apa? Nasi beriyani RZ ke Beriyani Al-Amin atau Beriyani Wahila, Kambing ke Ayam? Air Soya ke Air Katira ?



oooh tidak.. Itu semua cerita tahun lepas. Tahun ini kami berbuka puasa secara yang paling-paling sederhana. Makan sahaja apa yang ada.. Ikut Sunnah.. he he


Ya Allah, Ya Tuhanku. Ampunkan dosa kami. Terimalah ibadah puasa kami. dan tambahkan rasa kesyukuran dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepada kami, Amin..

Monday, September 1, 2008

First Day of Spring & Last Day of Syaban & Merdeka Day

Semalam (1 September 2008) ialah hari terakhir bulan Syaban dan juga Hari pertama musim bunga. Kami di NZ mula berpuasa hari ini, iaitu lewat sehari dari keluarga dan rakan-rakan di Malaysia tetapi InsyaAllah akan raya di hari yang sama .. ha ha.


Pada 31 Ogos (Hari Merdeka), saya bekerja di Bunnings Warehouse, Naenae dari pukul 5-9pm. Ia adalah aktiviti 'fundraising' untuk mengumpul dana bagi membina tamat permainan yang baru bagi sekolah Najmi. Turut serta ialah guru-guru dan ibubapa pelajar Epuni Primary School dan sekolah berhampiran. Kami bekerja mengira stok (Stock take) dan setiap jam kami bekerja, pihak sekolah akan di bayar NZ$12.00.


Pandai sunguh guru besar sekolah Najmi mencari duit. Aktiviti ini bagus juga untuk mengeratkan hubungan ibu-bapa dan guru-guru. Sejak hari saya bersetuju untuk join 'fundraising', guru disiplin (Mr. Lod) sentiasa akan bersalam dan menegur mesra saya setiap kali saya datang mengambil Najmi. Guru-guru lain pun begitu juga. Semalam Najmi pulang gembira dari sekolah bilamana Ms. Willing (Principal) dan Mrs Skippers (Guru Kelas) memberitahunya saya bekerja kuat pada hari tersebut.