Hari ni nak pergi pasar Ramadhan kat mana, dekat Nagoya ke? depan UiTM? depan Klinik Segamat? Kg Jawa? atau Taman Yayasan?
Nak beli apa? Nasi beriyani RZ ke Beriyani Al-Amin atau Beriyani Wahila, Kambing ke Ayam? Air Soya ke Air Katira ?
oooh tidak.. Itu semua cerita tahun lepas. Tahun ini kami berbuka puasa secara yang paling-paling sederhana. Makan sahaja apa yang ada.. Ikut Sunnah.. he he
Ya Allah, Ya Tuhanku. Ampunkan dosa kami. Terimalah ibadah puasa kami. dan tambahkan rasa kesyukuran dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepada kami, Amin..