Cuti sekolah sudah bermula. Ia selama 2 minggu. Sejak sebulan lalu, kami dan rakan-rakan pelajar 'Post Grad' dan keluarga masing-masing merancang bercuti ke Mount Ruapehu, Lake Taupo dan Rotorua. Mesyuarat Luar Biasa (EGM) telah diadakan di Masjid Kilbirnie dan kemudiannya di kediaman Mas & Madi di Ross Street.
Antara rakan-rakan yang bersama-sama dalam percutian ini ialah Madi-Mas & Family, Sham-Zura, Bel-Abg Ali & Family, Siti Alwani dan Arisah. Perjalanan ke Mout Ruapehu mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Wellington. Kami bertolak pada pukul 4 pagi dan tiba bandar Ohakune (bandar di kaki gunung Ruapehu) pada pukul 9.00 pagi. Kami memilih menggunakan highway SH1, iaitu Wellington- Levin-Bulls- Waioru - Ohakune iaitu melalui Desert Road. Keindahan Mount Ruapehu jelas kelihatan ketika memandu di Desert Road. Najmi, Ain dan Imran melompat teruja tidak sabar untuk tiba di sana.
Selepas berhenti sebentar di Ohakune, kami memandu terus ke Turao yang terletak 17 km dari bandar Ohakune. Setelah memandu sejauh 11 km. kami berhenti memasang 'chain' pada tayar kereta bagi memastikan keselamatan ketika mendaki jalan yang bersalji. Najmi, Ain dan Imran tidak duduk diam di dalam kereta bila melihat salji yang memutih di kiri dan kanan jalan. (Maklumlah di Wellington.. tiada salji turun)
...bersambung
Wah soronoknya.
ReplyDeletebest nyer....nak buat snow man jugaaaakk...hehe
ReplyDeleteBahrin
ReplyDeletesebenarnay melayan budak-budak ni. (dan juga bapa & emak budak sekali. Ha ha .. Lepas tension study ...
Ija,
Datang sini. boleh jaga anak-anak Angah sambil jalan-jalan...
Alahai.. comeynya sume kids pakai baju tebal2. Ain dah nampak big girl laa.. Dpt x gambar konvo Elly?
ReplyDeleteOps.. lupa nak letak nama.. Kna comment tadi
ReplyDeletebessnyeeee..!!!
ReplyDeleteKak Na:
ReplyDeleteSejukkkk...
Gambar konvo Eli? tak dapat lagi :(..
Gambar engagement abe dah dpt :)
Thanks, my dear. I miss u sooo much..uwaa
Din,
Meilaa sini.. Kirim salam Nini, tau.
Miss both of u too..
Br dpt tengok video.. office Kna block youtube. Wowwie, Najmi & Ain dah slang NZ habiss.. Imran manja lagi kan.. Sayang sume.. Kna baru fwd gambar konvo Eli.. take care
ReplyDelete