Monday, June 30, 2008

Kenapa aku gatal sangat ?

Wellington ini menjadi tempat himpunan bagi pelajar-pelajar Malaysia di seluruh New Zealand. Semua mereka datang untuk Bersatu Games. Farah dan semua rakan-rakannya pasti sedang sibuk menguruskan penginapan, pengangkutan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bagi program ini. 


Saya dan deb tidak terlibat dan tidak dapat membantu Farah menjayakan aktiviti ini. Kesibukan ialah alasannya. Teringat kembali semasa di UiTM Johor, Saya, deb bersama rakan-rakan (seperti Yamin (The Rock), Ros Hasri, Basha, Juliana, Akmal dll adalah Pegawai Pembangunan Pelajar -PPP) yang sentiasa sibuk setiap Sabtu dan Ahad untuk program pelajar. Kini, masing-masing telah berpindah atau melanjutkan pengajian.


Kami sekeluarga di New Zealand, sedang mengalami kesibukan yang amat dasyat. Dengan kedua-duanya melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D sedikit sebanyak memberikan tekanan dari sudut pengurusan masa. Faktor yang lebih utama, ialah ketiadaan Bibik Tursiyah dalam membantu menguruskan hal-ehwal rumah dan anak-anak.


Kadangkala hati kecil berkata, “Kenapa aku gatal sangat nak datang sini, Hidup kat Malaysia bukan main senang”. Bila balik ke rumah dari pejabat, bibik akan bertanya, “Bapak @ Ibu mahu minum air apa, Bapak @ Ibu mahu makan sekarang ke?”, "Esok, bapak mahu sarapan apa?". Kesannya amat signifikan, bila melihat badanku semakin hari semakin membulat.”


Kini itu semua tinggal kenangan. Setiap kali balik dari Universiti, kami kena memasak, lepas tu bagi makan ke semua anak-anak, lepas tu basuh pinggan, periuk lepas tu basuh baju, jemur baju, lepas tu check homework Najmi, lepas tu …, lepas tu …..... Kesannya juga amat signifikan bila kami sekeluarga (kecuali Najmi) telah mencapai berat badan 'ideal', ha ha ha

12 comments:

  1. Jawapan kepada 'kenapa aku gatal sangat'....

    kerana ada 'hikmah' disebaliknya....berat badan ideal???......kecil tapi signifikan??? ehhehehe....

    ReplyDelete
  2. Perjalanan yang sedang dilalui adalah sebahagian dari pengalaman hidup yang cukup bermakna. Insya allah akan diingat buat selama-lamanya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. salam enkhairul,
    smua org 'gatal' mcm tu.....huhuhuhuuu...klau dulu stress je, p je mana2...dr s.alam, puchong, bangi... ct ronda je...skrg klau stress nak p mana? xda tempat dah nak p....bpusing d spital je la...hahhahah...xpa..insyaAllah ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Agaknya ramai yang dapat penyakit gatal sebelum nak ke sini..hee..hee..takper..hasil dari gatal tu ler kita dapat pengalaman yang sungguh bermakna dalam hidup kite..betul tak??InsyaAllah...pasal berat ideal tu...dah bukan ideal dah kami ni..dah skinny....kekekek..

    ReplyDelete
  5. Akmalia,
    Berat badan ideal.. ha ha. ha.

    Dalila,
    Saya setuju. memang betul

    Ct
    Kalau kat Newtown (Kota Bharu). Awat pergi Wellington Hospital, pergi la Wellington Zoo... kan lebih menarik

    Zura,
    Takkanlah couple yang makan kat Marakeh Cafe + Nandos setiap minggu boleh 'skinny'. Hubby kan pengusaha daging halal... (Duit biasiswa tak pakai kot?)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Nak tunggu sampai dapat PhD, sure dah dapat size model.

    Tahniah.

    ReplyDelete
  7. KA...cantik le tu, berat badan unggul le katakan....habis PhD nanti boleh main ragbi sekali ngan aku..ha...

    ReplyDelete
  8. Salam Khairul & Deb

    Gatal Khairul tu gatal yang tiada krim di dunia ni yang boleh menyembuhkannya. Gatal yang hasilnya nanti amat manis insyallah.

    Salam rindu buat Imran yang peramah

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    En K..

    Apa khabar?.lama saya tak bertandang ke sini..

    Tak encik...semua tu ada hikmahnya...setiap yang berlaku telah diaturkan dengan baik oleh Allah...

    Moga2 en k dan puan wan terus tabah di rantauan..;)

    ReplyDelete
  10. Aku pun menggatal...

    ReplyDelete
  11. Khairul,

    Atas meja saya nampak salinan surat yang menamatkain cuti tanpa gaji kepada cuti bergaji penuh. 25hb. ni nampaknya kayalah tu....

    ReplyDelete
  12. Salam

    Wati,
    Harap-harap begitu. Itu tak pasti. Sekali air bah sekali pasir berubah

    Halil
    Ha ha ,, main ragbi... tak dapat la Den nak join. patah tulang. sapo nak bai makan anak

    Kak Ani,
    Terima kasih, Imran dah besar dan sedang nak pandai bercakap ..

    Huda,
    Terima kasih, InsyaAllah.. kami berdioa agar tabah menghadapi kehidupan di sini.

    Syah
    ha ha ... suruh imah garu ..

    Prof. MKI
    Alhamdulillah, pakcik kayo... (opss... jangan lupa bayar zakat)

    ReplyDelete