Saturday, June 7, 2008

Memancing di Seaview

Sejak tiba di Wellington, sudah beberapa kali Najmi mengutarakan hasratnya untuk memancing. Saya biarkan sahaa hasratnya berlalu begitu sahaja. Mana tidaknya, saya tidak berpengalaman dalam bidang memancing ini. Ia bukan bidang kepakaran saya. Minggu lepas, Najmi membeli satu batang joran. Harganya NZ$30.00. Dengan bantuan dan tunjuk ajar Uncle Niklin (sahabat dan penjaga mereka semasa saya pergi belajar), Najmi mula bersedia untuk memancing.



My First Catch



Kalau Goreng Pun Sodap !!!


Hari Sabtu minggu lepas, saya, Niklin dan Najmi memancing di Seaview. Dia begitu teruja dengan aktiviti ini. Keseronokan mengendalikan batang joran jelas kelihatan di raut wajahnya. Ketika berjaya menarik ikan naik, Najmi melompat keriangan. Dia benar-benar gembira dan puas. Aktiviti ini mengingat kembali zaman kecil saya, Arwah Opah (nenek) saya akan berkata bahawa dia tak akan membeli ikan hari ini, setiap kali saya menyatakan hasrat untuk pergi memancing di sungai. Kata-kata tersebut telah berjaya membatalkan hasrat saya.

No comments:

Post a Comment