Dua hari yang lepas, ketika memandu kereta untuk pulang ke rumah, saya berselisih dengan sebuah kereta peronda polis. Tiba-tiba kereta peronda tersebut membuat U-turn. Alangkah terkejutnya saya, kereta peronda polis tersebut memasang lampu dan sirennya. Ia mengekori kereta saya. Nasib baik tiada adegan tembak menembak berlaku....
Saya pun membelokkan kereta dan parking di hadapan rumah. Kereta polis pun turut berhenti di belakang kerata kami. Keluarlah seoarang anggota polis (pemandu). Dia bertanyakan Adakah saya tahu berapa had laju jalan tersebut. Saya menjawab 50km/h (nota: memang semua jalan di NZ hadlaju ialah 50km/h melainkan Highway 100km/h). Dia memaklumkan bahawa saya memandu dengan kelajuan 65 km/h. Dia bertanya kenapa saya membawa begitu laju... Saya terkedu ketandusan idea.
Selepas memeriksa lesen memandu, Polis tersebut mengajak saya masuk ke kereta dan menunjukkan meter perangkap had laju. Memang canggih keretanya. Ia boleh mengesan hadlaju kereta walaupun hanya berselisih sahaja dengan kereta saya. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari 'radio' (alat komunikasi). Saya rasakan ia adalah panggilan yang penting.
Sejurus selepas itu, Pegawai polis tersebut berkata, " I give you a warning this time, It is not worth it to pay 80 dollar for speeding". Saya dengan tersenyum melebar dan meluas. Dengan pantas saya menjawab "I'll be more careful next time, thanks sir". Saya bersyukur kepada Allah swt. Keesokan harinya saya hanya memandu dengan kelajuan 50 km/h. Saya dapat menikmati semua pemandangan. Terasa seperti membawa kereta solar atau basikal.
Hehe nasib baik xkene saman.. bawak perlahan2 sambil menikmati pemandangan bagus juga.. cuma jgn lak terlalu 'ralit' tgk pemandangan sampai luper nk tgk jalan heheheh... lama xjumpa abg khairul, kak deb dan budak2 tu.. harap semua sehat =)
ReplyDeleteZen,
ReplyDeleteNasihatmu kami terima. Terima kasih. Kami berjanji tidak akan buat lagi. Memang dah lama kita tak jumpa. Kalau senang (dah habis exam) nanti jalanlah ke rumah. Kalau tidak, kami akan datang lepak kat Drummond St. (tidur kat sana 2-3 malam) ok tak?. Atau you all nak ikut kami jalan-jalan ke Toupo, Mt. Ruapehu, bagus jugak.. Tapi ingat, kita kena bawa kereta 50 km/h .. ha ha
saya rasa, kalau saya bersaing naik basikal dengan en khairul bawa kereta di sebelah, kita sama2 sampai. kita cuba jom?
ReplyDeletesaya nak ikut ke taupo, boleh tak? tahun ni saya nak main salji lagi. hehehe.
sejak minyak dah mahal ni aku bawak under 90-100km/h aje... klu 50km/h mau 2 jam baru sampai tg malim... huhuhu!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKalau tak cukup tidur......maunya terlena terus sebab 50 kj/km. Patutlah kat negara luar kurang dengar accident tak macam Malaysia.
Tapi minyak pun save juga kalau pandu perlahan....
Farah
ReplyDeleteJom kita cuba. Program Taupo jadi tau. Boleh ajak semua pergi. Kita pergi ramai-ramai baru best
Rock
Pakai kancil lah jimat... 650cc
Wati,
50km/h = sangat perlahan... Sebab tu tak ada accident ..
pergh...baru 15 je lebihnye...memg kuat betul penguatkuasaan undg2 kat sane...
ReplyDeleteNasib baik polis NZ...kalau polis US!!! tau..tau ajelah
ReplyDeletePayat,
ReplyDeleteSaya ni 1 dalam 100 yang diberi warning. Yang lain di beri saman.
Syah
Nasib baik polis Wellington, kalau polis Perth.. siaplah.. ha ha