Saya bagaikan graduan baru bekerja. Perasaan seronok untuk menerima gaji pertama ketika mula bertugas dengan ITM pada tahun 1998 timbul kembali. Selepas 10 tahun berlalu, kini saya menghitung hari untuk menerima gaji pertama semula (iaitu selepas sekian lama bercuti tanpa gaji). Mana tidaknya, sudah 8 bulan tidak menerima gaji dari UiTM. Simpanan dan hasil jualan kereta Waja pun semakin kering@kurang.
Oleh itu, tanggal 25hb setiap bulan dinanti dengan penuh kesabaran (bagaikan kanak-kanak menanti saat untuk berbuka puasa). Sejak tiba di New Zealand, kami mengamal amalan berjimat cermat dalam berbelanja. Segala kemewahan ketika di Malaysia terpaksa dilupakan. Mana tidaknya, biasiswa hanya NZ$2300+ untuk kami lima sekeluarga. Bila tengok pelajar 'single' yang dapat NZ$1300++, jelous pun ada rasanya. Sepanjang hampir 8 bulan di sini, boleh di bilang dengan tangan, kami makan di luar. (bak kata Asiah tangan tau, bukan jari).. hu hu hu..
Semalam, pagi-pagi lagi, saya menyemak maybank2u online banking. Terkedip-kedip mata menunggu paparan baki keluar. Tiba-tiba terlihat baki wangnya tetap sama. Hati kecil berkata "Mungkin 25 Julai nanti, impian baru menjadi kenyataan."
Sabar la Khairul, esok lusa bertukarlah angka dalam maybank2u tu. Mungkin dengan angka yang lebih dari dulu.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletePantun lama + pantun baru
Berakit2 ke hulu ..... ber 'jet ski' ketepian
Bersakit2 dahulu.....boleh joli2 kemudian
he...he...he... gurau je
Salam khairul & adibah...
ReplyDeleteCan understand that feeling... I've been on unpaid leave for almost 3 years tau, lagi lama... but like you, hoping dapat gaji semula soon, ameen.
Bila nak mai Auckland? Habaq naa... kami plan nak ke Welli August nanti, insyaAllah, bole la kita berjumpa...
Salam
ReplyDeleteEn. Halim,
Terima kasih, Selamat Belajar dari kami sekeluarga
Wati,
Canggih pantun tu, kreatifnya
Asiah,
Ameen, InsyaAllah, ada keizinan Nya dan kelapangan.. kita berjumpa