Friday, May 30, 2008

Sehingga Menjilat Jari

Sudah hampir 6 bulan kami tidak makan KFC, perasaan teringin bercampur terliur timbul setiap kali melintasi restoran KFC. Tetapi apakan daya, ianya tidak Halal (HARAM). Tiada KFC yang Halal di Wellington. Setiap kali lalu, Najmi akan berkata "Kita tak boleh makan KFC kat New Zealand kan papa".



Terdengar juga khabar angin bahawa terdapat sebuah KFC yang Halal di Otahuhu (terletak 8 jam perjalanan dari Wellington). Namun maklumatnya tidak dapat disahihkan. Keinginan untuk menikmati ayam KFC yang terkenal dengan iklannya ‘sehingga menjilat jari’ menyebabkan timbulnya rasa tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.



Sebagai ubatnya, Deb menggunakan segala pengetahuan dan kreativiti untuk membuat sendiri ayam KFC. Dengan menggunakan tepung goreng ayam dan dicampur dengan pelbagai bahan lain, Inilah hasilnya. Najmi, Ain dan Imran melompat suka bila melihat hidangan ayam KFC mereka.

6 comments:

  1. salam,

    Wah Deb !Boleh ler bukak branch kfc kat sini ni..sure lakunya! ramai yang ngidam nak makan kfc ni..he..he..boleh bagi resipi??? :)

    ReplyDelete
  2. Salam....

    KDeb...cayalah!!! jomla balik sesama...ekekekekekeke

    ReplyDelete
  3. Zura
    Memang ada cadangan nak kembangkan industri halal di New Zealand ni. Terima kasih atas sokongan. Resepi adakan diberikan dalam sedikt masa. Harap bersabar

    CT
    Kitorang + anak 3, camna nak balik .. Huaahhhh

    ReplyDelete
  4. ini bukan KFC lagi ni...

    ini WFC laa

    ReplyDelete
  5. Syah
    ha ha
    di Perth ada KFC yang Halal. No Problem. Kalau nak balik Malaysia pun boleh, ada budget Flight... Jangan risau ..,

    ReplyDelete
  6. KFC kat maner2 pon x leh mkn jugak sbb itu yahudi punyerrrr. walaupon malaysia dh bli tp malaysia perlu bayar cukai sbb guner jenama KFC. tu syarat perniagaan sedunia. lgpon ayam dye tu blom tentu halal lg....

    ReplyDelete