Suhu di Wellington kini semakin sejuk. Siang pula semakin pendek. Waktu maghrib kini lebih kurang 5.20 petang. Isya’ pula sekitar 6.50 petang. Mungkin inilah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin berpuasa sunat atau ganti. Teringat kembali ketika baru tiba di New Zealand pada November tahun lepas, Isya' mula pada pukul 10.45 malam dan Subuh pada 4.00 pagi. (pada waktu itu kena set jam, kalau tidak mungkin boleh terlepas sembahyang subuh..)
Dua minggu yang lepas ialah cuti sekolah. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana. Deb sibuk menyiapkan assignment nya. Tambahan pula boleh dikatakan semua kaum ibu (pelajar post-grad) sibuk dengan tugasan masing-masing. Bagi kami kaum bapa (pengiring) tidak berani untuk menganjurkan apa-apa program. Namun bagi Najmi dan Imran, mereka sungguh gembira lepak di rumah sahaja. Mereka mengambil kesempatan mengisi cuti mereka dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang PS2. Lepas satu game ke satu game yang lain.
Namun bagi Ain sebaliknya. Dia tersisih. Dia tidak dapat ’menyertai’ liga PS2. Dia kurang berminat dan tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Najmi dan Imran mengawal ‘controller’ masing-masing. Ain merengek kebosanan. Sebagai penyelesaiannya, kami belikan untuk Ain sebuah komputer (PC) terpakai dari www.trademe.co.nz. Ain tersenyum riang bila mendapat komputer peribadinya. Komputer Pentium 4 dengan LCD skrin itu cuma berharga NZ110. Komputer tersebut berjaya mengubat kebosanan Ain. Dia dapat melayari website-website sambil bermain 'online game' kesukaannya seperti barbie, dora, barney, my little pony dan banyak lagi..
Tips: Teknologi komputer di Malaysia jauh lebih kehadapan dari New Zealand dan harga aksesori komputer di Malaysia jauh lebih murah. Kepada rakan-rakan yang akan datang ke New Zealand, nasihat kami belilah komputer dari Malaysia. Boleh cuba semak dan bandingkan harga komputer di NZ di laman web Harvey Norman, DickSmith dan Noel Leeming. Saya pernah membeli UBS USB cable untuk printer dengan harga NZ$19.00 (hampir RM 50.00), kalau di Malaysia harganya cuma RM 5 sahaja.
En K,
ReplyDeleteBukan USB cable ke UBS cable?
Nasib baik saye dapat D untuk UBS
Payat
ReplyDeleteTerima kasih... tersyasyul pulak...
Wah...En Khairul n K Deb lebih advance. Bukan 1 rumah / famili 1 komputer, bahkan 1 anak 1 komputer...hebat tu...
ReplyDeletetak sangka pula Msia lebih advance ye? and lebih murah...
KA.. cita skit pasal PS.
ReplyDeleteBole ke saya bawa game local yang saya beli dari M'sia ke sana? Ada copyright issue ke??
Dalila,
ReplyDeleteDi Malaysia harga komputer lebih murah, Pilihan lebih banyak, aksesori pelbagai, Software senang dapat, dan terkini. New Zealand ni, dalam konteks hardware memang lambat 6-12 bulan dari Malaysia. Cuma dari sudut penggunaan IT di kalangan masyarakat sangat tinggi. Contoh jual beli yang paling popular melalui trademe.co.nz.
Syah..
Pasal PS2 ni saya jawab melalui email. Kepada pembaca lain yang ingin mengetahui tentang bagaimana memastikan anak-anak kita sentiasa mempunyai PS2 & games yang mencukupi boleh email saya. Nanti saya jawab melalui email.
lepas ni si kecil ana blog juga la ye :)
ReplyDeleteKhairul dan Wan, Salam sejahtera.
ReplyDeleteSaya suka blog sekarang. He... he... lepas ni tak adalah masa nak sobek-sobek lagi.
Good Luck.
Thanks KA for the tip...
ReplyDeleteTangan dah gatal-gatal dah ni..
Najmi n Imran main liga.. En.K x join skali ke? hehe
ReplyDeletejadi referee ekk? or join skali dlm liga tu..? =)
nice blog en.K, en.k xmo pasang google adsense ke?