Minggu -minggu awal di perjalanan PhD memang tenang. Tiada tekanan atau stress (harap-harap gembira sentiasa sampai ke sudah). Saya dan deb sempat mengambil peluang melihat perbentangan research proposal dari Binh Bui. Beliau menjalankan penyelidikan dalam bidang ’management accounting’. Professor-professor dari pelbagai bidang turut hadir, antaranya perakaunan, pengurusan dan ’commercial law’.
Sesi soal jawab sungguh meriah dan ber’warna-warni’ dengan ’pelancaran’ soalan yang bertubi-tubi. Namun semua ’soalan’ berjaya di tangkis oleh Binh dengan mudah. Dia benar-benar bersedia. Bagi 'penonton' yang menyaksikan, timbul juga ’kegabraan’ tentang nasib yang akan menimpa diri masing-masing. Semuanya berharap dan berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.
Good luck khairul & Deb with your Phd. You two sure okay punya.
ReplyDeleteKhairul,
ReplyDeleteSaya cuba bayangkan saya berada di tempat Binh Bui dan ditanya soalan yang bertubi-tubi dari Prof-prof tersebut. Mampukah saya menjawabnya?
Bahrin
ReplyDeleteTerima kasih Bahrin, camna study.. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.
En. Halim,
Jangan risau, InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Nya. Bukankah En. Halim selalu membantu dan memudahkan urusan orang lain. Tuhan akan membalas apa yang telah kita lakukan. Tambahan pula setelah melakukanpembacaan yang mendalam dan meluaskan, rasanya En. Halim tidak akan menghadapi masalah. Bukankah kita yang lebih tahu tentang penyelidikan kita. Kita pohon bantuan Nya.
Khairul,
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat yang diberikan.
Salam En Khairul & K Deb,
ReplyDeleteAll the best to both of you... Ye, sprt yg diharapkan semoga semuanye akan dipermudahkan
Khairul & Deb,
ReplyDeleteSaya dah report duty. Tengah tunggu viva.
Bahrin,
ReplyDeleteJadi sekarang bertugas kat mana, Johor atau Shah Alam.
Khairul & Deb,
ReplyDeleteKat usa