Sudah hampir 6 bulan kami tidak makan KFC, perasaan teringin bercampur terliur timbul setiap kali melintasi restoran KFC. Tetapi apakan daya, ianya tidak Halal (HARAM). Tiada KFC yang Halal di Wellington. Setiap kali lalu, Najmi akan berkata "Kita tak boleh makan KFC kat New Zealand kan papa".
Terdengar juga khabar angin bahawa terdapat sebuah KFC yang Halal di Otahuhu (terletak 8 jam perjalanan dari Wellington). Namun maklumatnya tidak dapat disahihkan. Keinginan untuk menikmati ayam KFC yang terkenal dengan iklannya ‘sehingga menjilat jari’ menyebabkan timbulnya rasa tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.
Sebagai ubatnya, Deb menggunakan segala pengetahuan dan kreativiti untuk membuat sendiri ayam KFC. Dengan menggunakan tepung goreng ayam dan dicampur dengan pelbagai bahan lain, Inilah hasilnya. Najmi, Ain dan Imran melompat suka bila melihat hidangan ayam KFC mereka.