Sudah tak sanggup rasanya meng'update' blog dengan tempat-tempat menarik semasa percutian baru-baru ini. Terlampau banyak tempat yang dikunjungi dalam masa yang singkat. InsyaAllah di lain kesempatan kami akan ceritakan pengalaman ke Lady Knox Geyser, Mud Pool, Wai-O-Tapo Thermal Wonderland, Wakharewarewa Village (Kampong Mauri di tengah tengah kawasan aktif therma) dan Liliput Farm (ladang & binatang).
Apabila balik sahaja dari bercuti, saya dan deb kembali sibuk dengan aktiviti biasa iaitu membaca artikel. Baca.. baca... baca... (teringat... Bacalah dengan nama Tuhanmu). Selain itu, saya pula sibuk dengan kelas Econometric Theory. Ianya 3 kali seminggu (Isnin, Selasa dan Khamis). Hari pertama kelas, sudah ada ujian calculas. Terkedu saya melihat soalannya. Pengetahuan calculas ku sudah berkarat. Itu baru kelas Persedian , .. kalau kelas Econometric, Financial Econometric, Advance Econometric alamat bertambah banyak uban dan silap-silap boleh botak... ha ha.. (patutlah pensyarah tersebut yang mungkin lebih muda dari ku pun hampir botak juga)
Di SACL - Victoria University ini, bagi PhD student tiada kursus yang wajib diikuti. Semuanya terpulang kepada Supervisor. Jika supervisor merasakan perlu untuk menghadiri mana-mana kursus bagi membantu proses penyelidikan, maka pelajar akan dinasihatkan hadir (attend) atau enrol. Dalam kes ini, saya enrol (siap akan ambil exam) lagi, bak kata pepatah "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan". Pada trimester ini, saya ambik satu paper tu sahaja. Paper-paper lain next trimester pulak (itupun kalau lulus exam tu... huh huh.. ), jadi tak lah stress sangat dan taklah sibuk sangat.
Botak?
ReplyDeleteha ha ha..
Assalamualaikum..
ReplyDeleteEn K dan Puan Wan sihat...?..Lama saya tak meninggalkan jejak di sini :)
Emm..tak dapat saya bayangkan kalau En K botak heheheh....
Semoga En K & Puan Wan tabah harungi hidup di perantauan...:)
Samalah kita...
ReplyDeleteHuda,
ReplyDeleteAkan nampak lebih muda dan handsome ..
Syah ..
Ha ha