Kami tiba di Turao selepas pendakian bersalji sejauh 6 km. Najmi, Ain dan Imran melompat keriangan. Alhamdulillah cuaca amat baik pada ketika itu. Namun ianya amat sejuk dan berangin.
Saya menyewa sebuah ‘Sled’ iaitu papan luncur yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak. Ianya cuma beharga NZ$10 sahaja. Sementara itu, bagi rakan-rakan yang lain seperti Sham, Zura, Arisah dan Siti mereka mengambil kesempatan belajar bermain ski. Kelas peribadi dan lesen ski hanya melibatkan kos NZ95 sahaja. Bagi saya dan deb, keseronokan melayan anak-anak lebih utama dan sudah cukup menggembirakan
Najmi, Ain dan Imran sibuk dengan ‘sled’ tersebut. Mereka meluncur dari kawasan tinggi ke lembah yang rendah. Yang malasnya ialah ketika nak menarik semula papan sled tersebut ke atas. Tapi bagi anak-anak ini, itu tidak menjadi masalah. Cuaca yang sejuk dan berangin tidak sama sekali mematahkan keseronokan mereka bermain.
Snowman yang cuba dibina tidak menjadi kenyatan. Meluncur ‘sled’ lebih menyeronokkan. Kami berehat sebentar menikmati kopi dan coklat panas sebelum menyambung semula permainan.Selepas penat seharian bermain salji, kami bergegas turun ke hotel untuk berehat dan membuat persiapan untuk perjalanan seterusnya.
...bersambung
wah..bestnya bergambar.kami xdapat bergambar sgt..asyik skiing. Ni tgh frust ni.But betul memang penat, lebih2 lagi kami yang pakai kasut robocop tu..maha berat.Naik sampai ke atas rasa nak putus nafas. Apa pun, kita semua enjoy!!!
ReplyDeleteimran da mcm anak jepun ..pp merah..hehe
ReplyDeletewah bestnye...huhu
ReplyDeleteuntungnye mereka!!*jeles*
ReplyDeletewah sungguh seronok.. kalau saya ada cuti mesti saya mengoffer diri untuk ikut juga walaupon saya bukan post-grad atau kanak2 heheheh
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteZura,
Yang penting dah ada pengalaman pakai kasut Robocop. Boleh ajak hubby pergi lagi bulan depan. Bila Ahli Majlis Jelajah NZ nak bersidang ?
Iqwa,
Imran.. jepun... cuaca sejuk kering .. sebab tu muka jadi camtu .. Camna karier baru ?
Payat,
memang best... tapi sejuk sangat .. tak tahan
Rehan,
Bapa dan ibu mereka juga
Zen,
Itulah dulu dah ajak.. tapi mungkin patients banyak sangat kot.. atau .. Jan 2008 kita explore South Island pulak ? Boleh join nanti
salam angah & kak deb...
ReplyDeletebest nye cuti2 kiwi..hehehe...imran semakin cute and najmi sounds like european guy dh..hehe...hopefully both of u success dlm m'dpt kn lg segulung ijazah :)
looking forward to see u guys again especially the kids :)
Salam Hawa
ReplyDeleteAngah & Kak Deb menanti kehadiran Hawa, Ija dan rakan2 kat sini. he he . Boleh pesan bawa ikan bilis, dll.