Thursday, July 24, 2008

Bersekolah

Cuti sekolah sudah pun berakhir minggu lalu. Kami sekeluarga mula bersekolah. Bagi saya dan deb pengajian di peringkat PhD ini sebenarnya tiada hari cuti. Kesibukan menguruskan persekolahan seperti bekal makanan, homework, pakaian dll adalah sebahagian dari rutin hidup. Kami bersyukur dan berterima kasih kerana ada sahabat yang sudi membantu menguruskan anak-anak ini ketika kami berdua sedang sibuk belajar.



InsyaAllah dua bulan lagi genaplah Ain berusia 5 tahun. Jadi Ain akan menyertai Najmi di bersekolah di Epuni Primary School. Masa sebenarnya sungguh pantas berlalu. Anak perempuan yang selalu merengek dan menangis dahulu akan bersekolah dalam masa yang terdekat.

3 comments:

  1. Ya lah Khairul & Deb. My daughter pun dah darjah 1 macam Najmi.

    ReplyDelete
  2. Cepatnya Ain dah nak masuk Primary School.. Sofea baru nak gi kindergarten next year.. Selamat belajar semua :-)

    ReplyDelete
  3. Dan kita pun makin tua.....

    ReplyDelete