Wednesday, July 16, 2008

Craters of The Moon

Belum hilang penat menaiki Huka Falls River Cruise, kami bergegas ke Liliput Farm. Malangnya ianya ditutup. Nampaknya tidak tercapai hasrat anak-anak ingin bermain dan memberi makanan kepada binatang-binatang ternak di ladang itu.




Kami segera menukar rancangan ke “Craters of The Moon”, iaitu sebuah kawasan ‘thermal’ yang masih aktif. Dewasa dikenakan bayaran NZ$5.00 sementara kanak-kanak lebih 5 tahun sebanyak NZ$2.00. Hujan rimis turun sekejap pada masa itu, namun ia tidak sama sekali mengganggu ekspedisi kami. Pemandangannya seakan-akan dalam filem seram, mungkin ‘pontianak harum sundal malam’. Asap putih keluar dari tanah. Kami betul-betul berada di bawah kawasan gunung berapi.




Najmi, Ain dan Imran menjelajah kawasan tersebut dengan gembira. Mereka sememangnya belum mengerti tentang pengalaman yang mereka lalui. Mungkin bila besar nanti barulah mereka faham tentang kebesaran ciptaan Allah swt ini. Itulah kelebihan New Zealand. Buminya memang sungguh indah. Berhampiran kawasan salji, terdapat kawasan gunung berapi. Benarlah jolokan ‘Youngest Country of The World. Kalau nak berjalan melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah swt, inilah tempatnya. Tetapi kalau nak bershopping, anda pasti akan kecewa.




Setelah penat berjalan, kami mengambil keputusan untuk pulang ke motel. Kali ini kami memilih Chelmswood motel. Ia terletak berhadapan dengan Lake Taupo. Kalau anda tidak melihat peta New Zealand, pasti anda mengatakan anda berhadapan dengan laut yang luas. Deruan ombaknya yang kuat seakan-akan sedang berada di Pantai Cherating atau Pantai Batu Buruk.


Nota:

Di sini saya kongsikan juga, gambar-gambar yang saya ambil (dengan kebenaran) dari blog Antara Hati dan Perasaan SWANS yang tutur bersama dalam rombongan kami.





... bersambung

No comments:

Post a Comment