Monday, July 14, 2008

Huka Falls

Perjalanan ke Taupo mengambil masa 3 jam (sepatutnya 2 jam). Maklumlah bila dah ramai dan ramai pula kanak-kanak. Sebaik sahaja tiba di Taupo kami terus ke Huka Falls Scenic View. Di sana kami dapat menikmati keindahan Huka Falls. Ianya sungguh indah. Deruan air terjun memang mengasyikkan.(sebenarnya kat Malaysia ada lebih banyak air terjun yang mengasyikkan.



Huka Falls Scenic View



Imran memandu Bot River Cruise




Tidak puas melihat pemandangan itu kami menyertai pula Huka Falls River Cruise. Bayaran NZ28 Dewasa/NZ$15 kanak-kanak. Di sini kami menaiki bot selama 1 jam sambil menikmati pemandangan Huka River. Kali ini kami berada di bawah terjunan air tersebut pula. Memang sungguh cantik pemandangannya….



Background ialah Huka Falls







... bersambung

No comments:

Post a Comment