Monday, December 10, 2007

Nissan Bluebird APJ 526

Bagi memenuhi permintaan kawan-kawan yang suka sangat bila mana dimaklumkan pasal kereta kami yang baru beharga NZ$2,000. Inilah dia gambar kereta kami.



kereta

Tahun 1997, 1800cc Manual, Mileage: 130,000km         

Alhamdulillah kereta ni berfungsi dengan baik buat masa ini. Minta-minta sampai habis belajar pun masih baik juga. Untuk pengetahuan semua, di New Zealand, semua penumpang mesti ada tempat duduk sendiri. Tak boleh himpit-himpit macam ikan Sardin. (teringat masa kecil dahulu). Satu lagi kanak-kanak mesti pakai ’car seat’. Semua penumpang mesti pakai tali pinggang keselamatan. Denda NZ$200 bagi setiap penumpang yang tak pakai tali pinggang. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, mesti beli MPV atau kenderaan 7-seaters yang lain. Harganya pun tidak ada beza sangat



kereta

Interior - Ok lagi  

Pilihan kereta dan harga sebenarnya bergantung kepada kehendak, keperluan dan citarasa masing-masing. Seorang sahabat (Halim + 4 anak) beli Toyota Ipsum (7 seater) NZ$2,600 dan Balkish (+3 anak) beli Mazda Capella NZ$3,000 – 7 seater). Untuk kereta ’brand new’ harganya sangat mahal di sini.



kereta

Saiz lebih kurang Waja  

Ada juga kawan-kawan yang membeli kereta yang lagi murah tapi condition ok. (Nik beli NZ$ 500, Azahari (NZ$ 600–Mitsubishi Chariot–7 seaters). Antara yang membeli kereta yang agak mahal ialah Ann (Honda Jazz – NZ$11,000) dan rekod tertinggi di pegang oleh Fairus (Mercedes – lampu kacang – NZ$40,000=RM104k)). Kami sekeluarga berbelanja sederhana sahaja. Takut juga kalau ada keperluan yang tidak dijangka.



kereta

Ain dan Imran mesti kena pakai Car Seat 

Roselina, iaitu pegawai di HiCom Malaysia ada maklumkan kepada saya bahawa pelajar Malaysia boleh bawa kereta balik ke Malaysia, tetapi kereta mestilah di beli 9 bulan sebelum pulang. Harap-harap peraturan tersebut masih kekal sebelum kami pulang ke Malaysia. Kalau tiada budget kami akan bawa balik kereta Nissan ni, he he .. buat kenang kenangan ....(huaaah).





11 comments:

  1. KA,

    apalagi... Merc lampu kacang le jawabnya bila nak balik nanti....

    ReplyDelete
  2. just wondering how come the price of cars in malaysia or even used car is rocketing...

    mesti kat nz jarang belaku kemalangan kalau rulesnye camtu...

    ReplyDelete
  3. Syah
    Kau semayang doa-doa la banyak sikit supaya aku bawak balik merc mata kacang. Aku ni cuti tanpa gaji kalau kau nak tahu .. (huaah 3X)

    ReplyDelete
  4. Fazli

    We have many taxes and duties that make the price higher. The accident rate is low and we don't have to buy any insurance ... ha ha .. The speed limit is only 50km in town area and 100km in highway (no toll .. ha ha )

    For your information. New Zealand is impelementing GST. ...everything is taxable ... and the petrol price is NZ 1.74/liter (huaaah)

    ReplyDelete
  5. Saya gembira kerana Khairul dan Wan mengikuti ajaran sesat ini. Mereka kelihatan gembira, malah perasaan kegembiraan dan keseronokan mereka terasa-rasa sampai ke sini by prof kamil....

    sikit daripada prof kamil punya blog. saya pun terfikir, macam mane nak focus study dalam mase yang same nak berjalan melihat tempat org? hehe...mungkin boleh bagi sikit tips kepada kami anak2 murid....

    ha, lagi satu, prof kamil ade bercerita pasal angkat-menangkat nih, cik k xmau ke cite pengalaman cik k....

    ReplyDelete
  6. waaa..bess aa abe kerol nyer kete..

    ReplyDelete
  7. Din...

    Ha. ha ... mana buleh lawe keto Din.. Merc
    Kirim salam kat nini, mama & abah...

    ReplyDelete
  8. Salam. Gembira bila dpt tahu yg khairul sekeluarga selamat dan dah settle down. good luck.

    ReplyDelete
  9. Bahrin..
    Thank you Bahrin
    Kalau nak pesan beli Merc mata kacang .. nanti saya bagi no akaun ok..

    ReplyDelete
  10. Salam, KA & Adib..
    nice to read ur blog.. juz few months... so many experience & experiment dah lalui... and nice car beb... cari yg senang maintenance and low cost... alah, kereta kat overseas ni biasanya pakai buang jer... ada rezeki dpt modal balik.. good luck bro KA & Adib

    ReplyDelete
  11. Faizal,

    Thank you very much. Macam mana UiTM sekarang ni. Kawan2 semua dah pindah. Yamin dah pindah. Ros pergi Haji. Faizal pergi makan dengan siapa?. Entah2 dengan Pengarah baru? Kereta memang murah. Cuma minyak petrol dah naik ke NZ$ 1.76/ RM 4.60 per liter. (Kat Malaysia, bila nak naik !!!). Saya banyak jalan kaki je ... (jimat minyak ...).. ha ha. Kalau kat Malaysia.. dari parking koordinator ke blok Laksamana pun pakai kereta .. (huh)

    Kirim salam pada kawan2 (Basha and the Geng)

    Khairul & Deb

    ReplyDelete