Saturday, December 22, 2007

Hari Raya di Wellington

Sambutan Hari Raya di Wellington adalah sederhana sahaja. Kami bersembahyang sunat hari raya di Malaysian High Commission yang terletak di Washington Avenue, Wellington. Ramai juga para-pelajar ‘undergrad’ yang tidak pulang bercuti di Malaysia bersama-sama berhari raya di sana. Kami sama-sama bertakbir hari raya sebelum bersembahyang Aidil Adha. Khutbah di bacakan oleh Datok Sufian (No 1 di Hi-Comm).



Aidil Adha

Bergambar sebelum santapan hari raya di Hi-Com

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, iaitu selepas bersembahyang sunat, kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh pihak MSD dan JPA. Dikesempatan itu kami dan beramah mesra dengan rakan-rakan yang lain yang sama-sama berhari raya di Hi-Comm. Pelbagai juadah disediakan. Antaranya ialah pulut, rendah, nasi impit dan kuih muih. Di kesempatan ini kami dapat melepaskan rindu pada makanan Malaysia. Masing-masing tidak sabar untuk menikmati makanan yang disediakan.



Aidil Adha

Menanti giliran dengan kesabaran   

Najmi, Ain dan Imran sibuk dengan kawan-kawan yang baru ditemui. Alangkah gembiranya mereka bermain dengan anak-anak Malaysia yang lain. Mereka bermain bersama dengan kawan-kawan baru. sekejap kesan, sekejap lagi ke sini. Mereka inilah yang memeriahkan hari raya di Hi-Comm ini. Tanpa kehadiran mereka saya percaya, majlis sambutan ini akan menjadi seperti majlis yang sunyi sepi. selepas puas makan dan bermain, mereka menjelajah pula ke tingkat 2 dan 1 bangunan Hi-Comm.



Aidil Adha

Merekalah yang menggamatkan majlis   

Selepas lebih kurang 4 jam di Hi-Comm, kami bertolak ke rumah Dato’ Prof. Othman Yatim di Karori. Rumahnya kami perhatikan amat besar dan menarik. Kelihatan label ’Teratak Malaysia di hadapan rumahnya. Selepas penat berbual dan makan, kami pulang semula ke rumah. Barulah kami tahu, bahawa rumah tersebut adalah rumah milik kerajaan Malaysia yang untuk mereka yang bertugas menjadi Pof (’chair’) di Victoria University. Kami menikmati pelbagai sidangan sepert kuih muih dan laksa penang. Majlis ini agak berbeza kerana dihadiri oleh kebanyakan family Malaysia dan post-grad students.



Aidil Adha

Pelajar undergrad yang sibuk membuat burger   

Selepas itu kami pulang ke rumah. Kami makan masakan yang telah disediakan. Kebetulan Balkish dan keluarga datang berhari raya. Dapatlah mereka menikmati Nasi Beriyani ala ’Wahila (Restoran yang terkenal menjual Nasi Beriyani di Segamat, Johor). Kebetulan pada hari ini celebrate birthday khairul dengan makan kek yang disediakan oleh Chef Balkish. (... Teringat kek Kak Nadzira yang enak yang selalu kami tempah setiap kali kami menyambut birthday Najmi, Ain atau Imran)



Aidil Adha

Makan laksa penang di Teratak Malaysia, Karori, Wellington   

Akhirkata, kami sekeluarga mengucapkan .... Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, kakitangan UiTM , para pelajar dan semua yang mengenali kami.Ribuan kemaafan dipohon atas segala kesalahan dan kesilapan.



Aidil Adha

Ayam untuk Nasi Beriyani ala Wahila





15 comments:

  1. selamat hari raya untuk cik k and puan wan...
    mesti best beraya di perantauan...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya untuk cik ki and puan wan...
    mesti best beraya di perantauan...

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih

    Selamat Hari Raya untuk FAdzli juga //

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha.. rambut Ain dah makin panjang.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya & Happy New Year to K.A. & Debb,

    Kat NZ tu tgh musim apa ya?



    Msg to Balkish,

    Awat kurus sgt Adam tu. Huhu. Takkan hari2 mkn crackers dgn roti je. Sedih2. Nnt aku poskan beras dr Malaysia hehe

    ReplyDelete
  6. Ain potong rambut a day lepas raya... ha ha... panjang betul rambut dia hari tu...

    ReplyDelete
  7. Selamat ari raya n happy new year!!...sronok tgk org msia berkumpul n beraya ramai2!!saya kat Hastings...takde sambutan pun...huhuhu...***sedey***sedey***...take care!!..=D

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..En K..wahh..bestnya beraya di sana...selamat tahun baru untuk En K sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Marzuq,
    Sekarang summer.....

    ReplyDelete
  10. Norli,
    Lain kali boleh datang Hi-com. datnglah raya rumah kitorang..

    ReplyDelete
  11. En k!! ehem2 .. jika ade lelaki kacak, sila rekemen pada sy.. ho ho

    ReplyDelete
  12. Iqwa,
    Ada... ada...:)
    Bila nak mai jalan sini?

    Pn Wan

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya kepada KCik,Abe Khairul, Najmi, Ain and Imran!..makan nasi beriyani tu ingat ingat la orang di mesia..din pun tak balik klate raya ni..kene kijee!!

    ReplyDelete
  14. Din,
    Kalau boring- boring kerje tu ajakler Nini jalan sini..

    ReplyDelete
  15. Very well! Are you dudes agree with me? When I read it I was like: oh man!Sounds great! This is just what I was searching for! All is true, and checked, I’m sure.

    ReplyDelete