Tuesday, December 11, 2007

Imran's New Skill

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Imran mula mahir bermain playstation. Dia kini sibuk menghabis masanya bermain PS2. Puas (kata orang Perak .. ’Jenuh’) saya memujuknya untuk tidur, makan, pergi ke Tadika, tukar diapers dan macam-macam lagi...



Play Station

Hobi Imran Yang Baru   

Antara games yang diminati oleh Imran ialah Winnie the Pooh, Shrek, Ultimate Alliance, Cars dan Meet the Robinson. Teringat saya kembali tentang abangnya Najmi. Dia bermula bermain PS1 semasa umurnya 2 tahun setengah dan permainan yang paling diminatinya ialah Power Rangers. Dia akan mengajak sesiapa sahaja yang ada untuk menjadi ’partner’ dalam permainan tersebut. Selain dari saya dan deb, turut menjadi mangsa ialah Cik Su, Cik Ja, Opah, Abg Shahnon dan Bibik Mei Nurlia.



Play Station

Abg Najmi, Abg Hamdi, Ayah Nil . I'll join the club   

Kini masa Imran telah tiba... Sekali sekala dia akan mengajak saya untuk membantunya dalam permainannya. Tapi kali ini saya lebih bernasib baik sebab di sebelah petang, Najmi akan membantu Imran sekiranya dia ’tersesat’ atau ’mati di belasah lawannya’.



Play Station

Susahnya Nak Memujuk Imran Untuk Tukar Diapers   

Permainan PS2 di sini sangat mahal. Harga satu game adalah sekitar (NZ$ 70-90). Kalau convert dan jadi (RM 182-234). Oleh sebab itu, kami hanya menyewa satu atau dua game sahaja dari kedai, ianya lebih murah (NZ$6 seminggu). Kepada rakan-rakan yang ingin datang belajar ke New Zealand, saya nasihatkan belilah PS2 console di Malaysia kerana banyak kelebihannya...




9 comments:

  1. Bibik Mei Nurlia dgn Opah pun kna paksa main PS2? Muahaha.

    Kalau aku dipaksa lwn PS2 dgn Imran atu Najmi (Imran+Najmi = Imran Ajmain) msti aku trus menyerah kalah sbb tak reti main (plus, main PS2 smbil mkn 'Lollies' & 'Chips' aje la hehe ... )

    Betul tak penggunaan perkataan dlm inverted commas tu Debb hehe

    ReplyDelete
  2. wah...comel btol imran di samping consolenye...

    ReplyDelete
  3. Marzuq
    Dah betul la tu .. kau memang dah boleh buat PhD kat NZ...

    ReplyDelete
  4. bibik pon kene jadi mangsa ke? hhahaha..cool gile najmi..

    ReplyDelete
  5. Iqwa..
    Ya .. memang betull..
    Saya balik kerja .. tengok bibik tengah main PS2
    ha ha ha ..

    ReplyDelete
  6. haf fun reading the blog.
    macam best je encik k ngan puan wan kat sana.
    najmi,imran and ain are very lucky.
    jap,marzuq neh encik kiki ke?
    keep on writing!!:)

    ReplyDelete
  7. Rehan

    Thank you..
    Marzuq tu lecturer yang paling glamour kat Segamat ]
    yang naik Superbike tu...

    ReplyDelete
  8. adoi..teringat hari raya haritu dibelasah Najmi main PS2 (Rugby Worldcup)..ingatkan boleh blasah Najmi kaw kaw sampai nangis...skali kene belasah daaa! hahahah..

    ReplyDelete
  9. Din,
    Sekarang ni Najmi tak dapat main PS2 sangat sebab Imran dah control ...

    ReplyDelete