Sunday, December 16, 2007

Apalah khabar ?

Sesekali kami membaca berita di utusan online dan menonton berita di www.tv3.com. Nampaknya keadaan banjir di beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan semakin teruk. Apalah khabar sahabat-sahabat di Segamat seperti Kak Zalina, En. Nasir, Onn, Muzali, Rafidah, Yang Chik, En. Khalid, Us. Kamaruzzaman dan ramai lagi kakitangan UiTM. Tak lupa kepada pelajar-pelajar UiTM Segamat yang majoritinya datang dari negeri Johor, Pahang dan Terengganu. Bagaimanakah rumah mereka? Adakah dinaiki Air? Terukkah? Adakah bekalan makan telah sampai?



Banjir Segamat

Banjir 2007, Bagaimana 2008

Teringat kembali banjir besar yang melanda daerah Segamat setahun yang lalu. Tiada siapa menyangka banjir yang amat besar melanda bandar Segamat. Habis bandar Segamat dan kawasan sekitarnya dibanjiri air yang entah datang dari mana. Keadaan pada masa itu ’hiruk-pikuk’, tidak terusus, tiada koordinasi dan pelbagai masalah yang lain. Hanya mangsa-mangsa banjir sahaja yang tahu bagaimana keadaan pada masa itu. Keputusan bekalan makanan, ketiadaan air bersih, perhubungan jalanraya dan semua kedai ditutup (akibat di masuki air) menambah burukkan lagi keadaan.



Banjir Segamat

Air Sungai Segamat Melimpah

Saat-saat bersama Prof. Madya Norzian (Perakaunan), PM Us. Zaluddin (TPHEA), En. Khairul, Tuan Bada dan Adib terpaksa menaiki lori ke Segamat untuk menghantar bekalan makanan kepada kakitangan UiTM yang terlibat tidak dapat dilupakan. Perjalanan yang biasa mengambil masa 15 minit, kini mengambil masa 3 jam kerana terpaksa melalui pekan Gemas, Pasir Besar..... sebelum keluar ke Taman Yayasan di Segamat. Pemandu yang bertugas (Sam) bekerja siang malam selama seminggu untuk membawa kami menghantar makanan, air, bersih, pakaian dan pelbagai peralatan lain. Tak lupa pada Din dan Nini (adik ipar) yang datang dari KL untuk melawat deb yang baru ’operation’, turut sempat membantu menjadi sukarelawan banjir di Segamat.



Banjir Segamat

Alangkah pilunya rasa hati bila bertemu dengan rakan-rakan kakitangan UiTM yang –menjadi mangsa terutama di Kg Jawa dan Felda Medoi. Habis semua barang di rumah rosak di naiki air. Terngiang-ngiang lagi di telinga kata-kata ’En. Khairul, habis barang yang saya kumpul selama 15 tahun ini musnah di landa banjir. Yang tinggal hanyalah cerita sedih sahaja’.



Banjir Segamat

Kami sekeluarga doakan agar banjir segera surut dan semua mangsa berada di dalam keadaan selamat.



2 comments:

  1. Cantik gambar banjir... kurang-kurang bagila tau nak pakai gambar tu....

    ReplyDelete
  2. Fauzi
    Sorry Fazli
    Jangan marah ye ..

    ReplyDelete