Thursday, December 6, 2007

Keretapi - Pengangkutan Utama

Deb sudah mula sibuk ke Victoria University. Pihak Faculty sudah memberikan bilik, komputer, printer, akses internet, student ID dan Staf ID. Dia juga sudah beberapa kali berjumpa dengan supervisor (Prof. Keitha Dunstan). Sebenarnya Prof. Keitha ialah Head kepada Faculty of Commerce and Law. Dia meminta deb untuk datang ke kelas Research Methodology dan Financial Reporting, yang mana kelas tersebut akan diajar oleh beliau. Mengikut kata deb, Prof Keitha ini sangat baik ala-ala Prof. Dr. Normah. Kelas hanya akan bermula pada Januari 2008. Sekarang ini, deb mengambil peluang untuk membaca artikel dan menyediakan ’research proposal’.



waterloo station

Imran & Deb- Kat Waterloo Station

Saya tidak dapat menghantar ke Fakulti yang terletak di Pipitea Street, Thorndorn. Bukannya jauh sangat hanya 20 km sahaja dari rumah. Tetapi kos petrol memang tinggi. Harga minyak disini adalah NZ$ 1.74 seliter (kalau convert duit RM 4.56 seliter). Tambahan pula parking kenderaan adalah terhad dan sangat mahal di Wellington NZ$4.00 sejam. Jadi jalan yang terbaik ialah pergi sendiri menggunakan keretapi. Di sini perkhidmatan keretapi adalah adalah lebih mudah. Satu perjalanan tambangnya ialah NZ$4.50. Untuk lebih jimat deb beli tiket bulanan, iaitu NZ$ 108 sebulan. Dari rumah kami ke Stesen keretapi Epuni adalah tersangat dekat. (Depan mata memandang). Kalau jalan kaki – hanya 1 minit sahaja. Kami bersyukur kepada Allah kerana diberikan rumah ini. Kadang-kadang deb naik keretapi di Stesen Waterloo. Ianya lebih besar dan mereka interchange ke destinasi yang lain juga. Jika saya menghantar Ain dan Najmi ke sekolah/tadika menaiki kereta, kami akan melalui stesen keretapi ini.



epunistation

Epuni Station betul-betul dihadapan rumah kami

Apabila sampai di Wellington Railway Station, deb akan terus tiba di hadapan Faculty of Commerce and Law. Ianya betul betul terletak di hadapan Railway Station. Malahan sebahagian dari bangunan (West-Wing) Railway Station ini digunakan sebagai bilik kuliah untuk pelajar undergrad Commerce.



Platform 3/4 London

Platform 9 3/4 London. Mungkinkah disinilah JK Rowling mendapat ideanya !!!

Kepada peminat filem Harry Potter, mesti ingat bahawa ada platform 9¾, yang digunakan oleh semua ‘wizard’ untuk menaiki Hogwart Express. Mengikut kata deb, platform 9¾ wujud di Wellington Railway Station. Walaupun pengambaran tersebut tidak dibuat di situ, tapi yang pasti kami akan pergi melihatnya dan bergambar di situ suatu hari nanti, He he..




8 comments:

  1. wah bestnye...
    ni la salah satu hobi saya...
    membaca dan mengkaji kisah2 orang yang berjaya...
    ala omputih cakap pattern of excellence...:)
    and for sure cik and puan write blog ni untuk inspire student2...:)

    yang pasal further acca tu insyaAllah kalau ade rezeki
    kena apply dengan TM dulu duitnye sebab still under contract kan...

    praktikal kat UEM ni pon best
    sebelah kanan meja saya ex student cik arun
    sebelah kiri meja saya umo same 22, but dah setahun keje...totally inspire saye...
    haritu mase briefing dengan supervisor [en mahadi, die pon ade acca], die encourage kami further study...rase bersemangat nak sambung acca pasni...

    InsyaAllah...I will and I must go for it...

    ReplyDelete
  2. hehe. kat london pon ade platform 3/4 tu .. kat king cross station..

    ReplyDelete
  3. fazli,
    bagus.. bagus... teruskan berusaha .. U memang student I yang paling rajin.

    Pn Wan.

    ReplyDelete
  4. Dear mr. K. A.,

    Bila nak buat kelas Bahasa Maori utk kami, viewers website ini. Manalah tau ada antara kami yg ngikut jejak ke NZ nanti (so senang lah sikit nok kecek2 denge Kastem kat sano nati haha - err yg ni suruh Debb translate ya)

    ReplyDelete
  5. Kelas tu sampai sini baru la aku suruh anak aku Najmi ajar. Aku pun tak tahu sepatah pun. Kalo ko nak senang bila sampai airpok sebuk je namo aku.. he he )

    ReplyDelete
  6. Yang peting kena tau kat sini:

    Candy and sweets diorang sebut 'lollies'
    Keropok , tak kira lah jenama apa... 'chips'
    Selamat datang... 'kia ora'
    Kalau ada perkataan maori yang guna 'wh' di pronounce as 'f'
    contohnya 'kaiwharawhara' kena sebut as kaifarafara

    Itu saja dulu... kalau banyak- banyak nanti marzuq tokde nok ingak..
    hahha...

    Deb

    ReplyDelete
  7. Salam. Phd pun macam naik train. byk stesyen sebelum sampai ke stesyen yg hendak dituju. kadang-kadang train tu berhenti sekejap di stesyen, kadang-kadang berhenti lama. Wish you all the best.

    ReplyDelete
  8. Bahrin ,,,
    betul lah tu Bahrin.. banyak sangat stesen

    Kalau senang ajak Rodiah & anak2 jalan sini ....
    Aku sekarang ni duduk tunggu train aku ...
    Tapi tak jalan-jalan lagi ,.. sebab tiket belum dapat
    ha ha ha

    ReplyDelete