Semoga maklumat ini memberi sedikit panduan.
BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA
- Dokumen penting seperti International Driving Permit. No Claim Insurance Letter, kad Imunisasi anak, dan dokumen penting lain. Pastikan semua anak-anak yang akan bersekolah/tadika dalam tempoh akan datang memiliki student visa sementara pasangan pula (working visa).
- Barang elektronik. (cth. Computer, handphone, dan pekakasan elektronik yang lain). Di sini semuanya sangat mahal dan pilihan terhad + outdated. New Zealand ni sebenarnya pusat lambakan barang-barang elektronik + komputer yang dah tak laku tempat lain, tapi harganya tetap mahal. Tolonglah beli handphone yang baru jika rasa-rasa handphone sedia ada tu dah uzur. Jika tidak anda akan menyesal tak sudah.
- Kitab Al-Quran, CD/MP3, Terjemahan, Surah Yassin, Iqra', buku rujukan Fekah, sejadah dan lain-lain, semuanya tiada dijual di sini.
- Cermin mata.
- Alat-tulis. (tapi alhamdulilahkami di SACL, VUW, buat masa ini kami dapat semuanya percuma).
- Barang makanan seperti rempah-rempah kebanyakannya ada di sini. Cumanya harganya kalau di Malaysia RM 1.00, di Wellington harganya NZ$1.00. Antara barang yang tiada atau jika ada tetapi kurang bermutu ialah (1) Ikan bilis; (2) Udang kering; (3) Keropok Ikan/Sotong/Sayur; (4); Kerisik; (5) Minuman 3 in 1 (spt Kopi, Milo,Tongkat Ali, ….); (6) Kiub Pati Ayam/Kiub Ikan Bilis. Selain itu rempah kurma tiada kat sini (tapi masakan kurma kurang sesuai dan kurang mendapat sambutan disebabkan faktor cuaca yang sejuk). Bawalah rempah kari daging lebih sedikit, sebab di sini kari daging dan kambing lebih membuka selera dan membuat badan lebih panas. Berkaitan dengan makanan ini pastikan ada label pengeluar dan kalau boleh ada translation dalam bahasa Inggeris.
- Jangan Lupa bawalah kicap kipas udang. Kat sini memang tiada langsung. Kalau bermurah hati hantarlah beberapa botol ke rumah kami … ha ha. Mulai Julai 2009. Kicap kipas udang telah boleh didapati di Kilbirnie Asian Shop (Next to PakNSave) dengan harga NZD 5.70 sebotol.
- Ubat-ubatan seperti Deman, Batuk, Gastrik dll (Di sini susah sangat nak jumpa Doktor). Pastikan dapatkan preskripsi dari Doktor untuk ubat yang dibawa.
- Ubat-ubat tradisional seperti minyak panas, minyak urut, Pil Che Ke Tech Aun (sakit perut), Vicks dll
- Beli lah juga International Adapter- untuk barang elektrik. Dekat sini ada jual juga, tapi agak limited. Hargannya lebih kurang NZ$ 10.00 setiap satu. Kalau banyak bawa pekakas elektrik dari Malaysia, bawa sekali dia extension cable.
KEPERLUAN LAIN. (tertakluk kepada budibicara/keperluan)
- Periuk nasi, blender, semuanya ada dijual di sini. (Cuma mahal sedikit)
- Pakaian dan seluar – kebanyakannya di sini buatan China . Tetapi kualiti bolehlah. Harga agak mahal, tetapi selalu ada Sale akan jadi terlampau murah.
- Kalau nak jimat beli sekali mesin gunting rambut. Kalau nak gunting kat kedai paling murah NZ$12.00. Silap hari bulan sampai NZ$20. Cara yang paling jimat, gunting sendiri.. ha ha
- Kalau kemeja & Kot, elok beli kat Malaysia sebab lebih cantik & berkualiti.
- Pakaian Panas, rasanya kalau datang ke NZ pada musim panas tak payah beli sebab baju sejuk ni saiznya besar dan sukar dibawa. Di sini harganya pelbagai dan lebih banyak pilihan.
- Kasut – apabila ada Sale harganya 'murah gila'. (Saya ada lagi kasut yang tak buka dari kotak lagi). Saya beli kasut LA Gear NZ$25.00 masa Sale . Tetapi kasut dan pakaian sukan agak mahal.
MAKLUMAT LAIN
- Boleh buka akaun bank New Zealand dari Malaysia. Mohon secara online. cth National Bank of New Zealand, Bank of New Zealand, ANZ Bank, Kiwi Bank, Westpac Bank. Lepas tu gunakan maybank2u.com untuk transfer semua duit tu ke new Zealand. Untuk transfer duit pada bulan-bulan berikutnya, Jangan lupa anda perlukan nombor TAC. Apa yang perlu dibuat ialah tukar no telefon (untuk TAC) di Kad ATM kepada keluarga di Malaysia supaya mereka boleh forwardkan nombot TAC kepada anda.Bila sampai di New Zealand boleh aktifkan akaun tersebut dan buat Kad ATM. Jadi masa pergi tu tak payahah bawak 1 bakul duit. Ada juga bank yang boleh hantar no TAC ke handphone NZ.
- Selain tu boleh masukkan duit tu kedalam credit card untuk berbelanja (selamat dan murah). Jangan lupa untuk hubungi 'credit card customer service' untuk aftifkan kat anda bagi tujuan kegunaan di luar negara.
- Ada juga rakan-rakan yang keluarkan duit gunakan kad ATM Malaysia spt Maybank. Tapi kena aktifkan dulu "PLUS".
- Di sini jualan murah (Sale) memang ada setiap minggu. Tapi yang paling murah ialah Disember dan Julai (Winter punya clearance).
- Kalau nak bawa barang banyak sangat. Boleh pos dari Malaysia. Gunakan 'sea mail'. Caj lebih kurang RM 90.00 bagi setiap kotak yang beratnya 20 kg. Tapi satu-dua bulan baru sampai.
- Berkaitan dengan Imunisasi anak, saya dimaklumkan oleh rakan, bahawa ianya percuma
- Kos penjagaan anak-anak, lebih kurang NZ$5.00 sejam ... (sangat mahal)
- Kereta - sangat-sangat murah. Kalau ada anak 4 atau lebih. Tak boleh gunakan kereta. Kena beli MPV, Van atau kenderaan yang lebih besar. Semua orang termasuk kanak-kanak mesti ada tempat duduk sendiri. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun mesti gunakan car seat atau booster. (rujuk website NZ Land and Transport Department). Denda NZ$200 bagi setiap kanak-kanak yang tak pakai seat belt dan/atau car sear/booster.
- Sekolah untuk anak-anak pelajar PhD adalah percuma. Tetapi ada donation kena bayar. Bergantung kepada decile rating sekolah. Kalau decile rating tinggi, sekolah dapat budget sedikit, jadi donation mahal, dan anak-anak selalu ada aktivit untuk 'fundraising' (contohnya, jual Coklat, sosej, pokok krismas, gambar, kutipan support naik basikal, cuci kereta dan seribu satu idea lagi untuk dapatkan duit). Last-last, ayahanda dan bonda jugak yang kena bayar. Sekolah Najmi tidak ada aktiviti fundraising, sebab banyak dapat duit dari Govt. (nota: Decile rating bergantung kepada banyak faktor antaranya ialah purata pendapatan ibu-bapa dan masyarakat sekeliling sekolah, tetapi bukan menggambarkan kualiti atau taraf sekolah). Alhamdulillah. Bagi kindergarten dapat 20 jam ECE percuma. Untuk anak-anak yang dah pergi High School dan Intermediate School kena belanja banyak sedikit untuk uniform sekolah mereka.
- Mencari rumah sewa di Wellington ialah suatu tugas yang sangat mencabar. Sangat susah nak dapat sebab penawaran terhad. Permintaan sangat tinggi. Tambah kita ini orang mendatang. Untuk mencari rumah sewa pilihan idaman anda, boleh cuba lihat di trademe.co.nz atau mana-mana property agent seperti gilliesgroup, homeads, Quinovic, jhooker dll. Ada sahabat yang terpaksa duduk kat hotel/ motel/ backpackers sampai 3 minggu baru dapat rumah. Jadi gunakan sebaiknya elaun penempatan yang diberikan oleh kementerian Pengajian Tinggi. Untuk pengetahuan, sewa rumah rakan-rakan di sini adalah lingkungan NZ$ 300 hingga NZ$ 370 seminggu (belum masuk elektrik dan gas). Masing-masing sewa rumah yang sangat kecil. Tetapi kalau anda bujang tiada masalah, tinggal sahaja di university accomodation...
- Berkaitan dengan belanjawan, kalau hanya bergantung kepada biasiswa sahaja, memang tidak mencukupi. Jadi kena hantar semua gaji ke New Zealand. Sebagai panduan, belanja minimum adalah seperti berikut: (1) sewa rumah NZ$300-350/week; (2) Gas & Elektrik NZ$ 150/month; (3) Travelling NZ$200/month (Untuk dua orang gunakan public transport); (4) Petrol (NZ$2.10/liter); (5) Parking NZ$4.00/hour; (6) Makanan mentah NZ150/week (7) Telefon rumah dan Internet NZ$80/month; (8) Handphone NZ$20/month (tak pakai sangat)
PENTING
- Jangan Bawa barang tenusu dan daging. Selain itu jangan bawa sebarang cecair di dalam hand luggage. (rujuk website Biosecurity ini untuk lebih lanjut)
- Declare semua barang makanan yang di bawa semasa si Bio-Security, Auckland International Airport. Denda NZ$200 kalau gagal declare. (lebih lanjut, click website ini.)
Nota: Jika ada maklumat tambahan dari saya atau rakan-rakan yang lain, nanti saya kemaskini blog post ini. Sentiasalah memohon kepada Allah swt agar memudahkan perjalanan anda dan keluarga. Bukankah Allah swt yang mengaturkan perjalanan manusia di muka bumi ini dan Dia juga mengaturkan perjalanan siang dan malam. ... "Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan".
RUJUKAN (useful links)
- Warehouse (ala-ala Jaya Jusco)
- Farmers (ala-ala MetroJaya)
- Dick Smith Electronics (jual semua barang elektronik)
- Harvey Norman (jual perabut, komputer, barang elektronik)
- trademe (beli, jual barang secara online macam-macam ada (kereta, rumah, barang kecik pun ada)
- NZ Immigration
- Land Transport
- NZ Biosecurity
- NZ School Education
- Property Agents (gilliesgroup, homeads, Quinovic, ljhooker)
- Victora University Accomodation
- Malaysian Students Department, Wellington, NZ
- Federation of Islamic Associations New Zealand (FIANZ)
- National Bank of New Zealand
- Bank of New Zealand
- ANZ Bank
- Kiwi Bank
- Westpac Bank
Updated on August, 31 2009