Friday, May 30, 2008

Sehingga Menjilat Jari

Sudah hampir 6 bulan kami tidak makan KFC, perasaan teringin bercampur terliur timbul setiap kali melintasi restoran KFC. Tetapi apakan daya, ianya tidak Halal (HARAM). Tiada KFC yang Halal di Wellington. Setiap kali lalu, Najmi akan berkata "Kita tak boleh makan KFC kat New Zealand kan papa".



Terdengar juga khabar angin bahawa terdapat sebuah KFC yang Halal di Otahuhu (terletak 8 jam perjalanan dari Wellington). Namun maklumatnya tidak dapat disahihkan. Keinginan untuk menikmati ayam KFC yang terkenal dengan iklannya ‘sehingga menjilat jari’ menyebabkan timbulnya rasa tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.



Sebagai ubatnya, Deb menggunakan segala pengetahuan dan kreativiti untuk membuat sendiri ayam KFC. Dengan menggunakan tepung goreng ayam dan dicampur dengan pelbagai bahan lain, Inilah hasilnya. Najmi, Ain dan Imran melompat suka bila melihat hidangan ayam KFC mereka.

Tuesday, May 27, 2008

Unwritten Page

'Unwritten Page' ialah antara bait-bait lirik  yang dikaitkan dengan anak-anak kecil (generasi masa hadapan). Ianya di petik dari lagu 'Kiwi Kids (r rockin' it), itu lagu kegemaran Najmi. Ia sering dinanyikan oleh Najmi dan kawan-kawannya di sekolah. Saya sukakan liriknya. Ia menamamkan keyakinan kepada diri anak-anak ini bahawa mereka adalah penting dan boleh mencapai apa sahaja yang mereka impikan. ala-ala Malaysia boleh... (versi kanak-kanak kiwi)



Now the show begins
As the spotlight beams upon us
You can see us centre stage
We’re your kids your hopes
We’re the heroes of the future
We’re the new unwritten page



The time has come around at last
For us to show the world that …



Kiwi kids are rockin’ it, rockin’ it
Kiwi kids are tops
Kiwi kids are living it, living it
Look what we’ve got
Kids can do anything, anything
Give it a try
Kiwi kids are rockin’ it, rockin’ it.
Just watch us fly



Now the game begins
You can see us from the sidelines
We are in the winning team
We’re the best there is
We can take it to the limit
We can live our wildest dreams



The time has come around at last
For us to show the world that …


 


Friday, May 23, 2008

Patu's Show

Sekolah Najmi (Epuni Primary School) menjemput sebuah kumpulan kebudayaan dari Pukeatua School untuk membuat persembahan Patu di dewan sekolahnya. Semua ibu bapa di jemput hadir. Saya mengambil kesempatan untuk turut melihat persembahan tersebut












Saya mengusik Najmi, "Selepas ini Ms Willings (Guru Besar) akan menubuhkan kumpulan kebudayaan di sekolah. Najmi bolehlah 'join', You can learn how to perform the dance". Najmi menjawab, "Ee.. Saya tak mahulah, Saya malulah, Saya tak mahu pakai macam tu, Malulah Papa". Saya tersenyum mendengar jawapannya.

Thursday, May 22, 2008

Yassin & Tahlil - Malaysian Post Grads

Pada hari sabtu (17 Mei 2008) kami sekeluarga menjemput semua Malaysian Post Grads untuk program Jalan-jalan Makan-makan (JJMM) di rumah kami di Lower Hutt. Sehubungan dengan itu,  kami mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil. Alhamdulillah semua Malaysian Post Grads dan Family dapat hadir pada majlis ini. Yang bestnya program ini mencatatkan rekod peribadi iaitu saya dan deb masak sendiri. Sini Wellington, tak ada 'caterer' woo !!!  .




 Fairuz (baju belang hitam-putih) memimpin bacaan Yassin



Mizi (Vest-Hitam) memimpin Tahlil



Kelab Wanita



Berbual Mesra sambil Menjamu Selera



Beriyani 'Time'



Sebahagian Yang Hadir- Gambar kenang-kenangan

Rakaman Setinggi Terima Kasih kepada Dato Prof. Othman, Datin dan semua sahabat-sahabat yang hadir. Kehadiran anda semua telah memeriahkan majlis ini. "Macam Raya Pulak!". Mohon maaf atas segala kekurangan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu menjayakan majlis ini.

Tuesday, May 20, 2008

Naik Darjah

Najmi telah lulus ujian mengaji untuk naik ke level yang lebih tinggi. Saya tumpang gembira. Ianya memberikan Najmi motivasi untuk terus bersungguh-sungguh belajar mengaji. Guru Najmi, Sister Feriel, memberitahu bahawa beliau suka mengajar anak-anak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Mereka anak-anak yang taat dan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Saya pun merasakan begitu. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapati anak-anak ini saat bersopan, taat dan bersungguh-sungguh berbanding dengan sahabat-sahabat mereka dari negara lain.



Najmi selalu menerima hadiah dari Sister Ferial


Sempat juga saya memaklumkan bahwa di Malaysia, sistem pengajian agama ini lebih sistematik. Terdapat sekolah agama di sebelah pagi atau petang yang merupakan 'complement' kepada sekolah 'rasmi'. Anak-anak di Malaysia belajar pelbagai perkara seperti Tauhid, Fekah, Sirah, Bahasa Arab, dan banyak lagi. Bila memikirkan perkara itu, terasa bertuah anak-anak di Malaysia. Najmi, Ain dan Imran terpaksa bertungkus lumus untuk mengejar mereka bila pulang ke Malaysia nanti.

Sunday, May 11, 2008

Di Sudut Yang Lain

Penuh dengan artikel. Itulah pemandangan di pejabat rakan-rakan senior di Victoria Uni. of Wellington. Di sudut yang lain, label fail sudah mencecah bilangan 550 buah artikel. Huh!! dalam masa 5 bulan, dia sudah mengumpul @ membaca jumlah tersebut. Sedikit sebanyak ia telah berjaya menakutkan rakan-rakan yang lain (termasuk diriku).

Wednesday, May 7, 2008

Sejuk, Bosan dan Komputer

Suhu di Wellington kini semakin sejuk. Siang pula semakin pendek. Waktu maghrib kini lebih kurang 5.20 petang. Isya’ pula sekitar 6.50 petang. Mungkin inilah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin berpuasa sunat atau ganti. Teringat kembali ketika baru tiba di New Zealand pada November tahun lepas, Isya' mula pada pukul 10.45 malam dan Subuh pada 4.00 pagi. (pada waktu itu kena set jam, kalau tidak mungkin boleh terlepas sembahyang subuh..)



Dua minggu yang lepas ialah cuti sekolah. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana. Deb sibuk menyiapkan assignment nya. Tambahan pula boleh dikatakan semua kaum ibu (pelajar post-grad) sibuk dengan tugasan masing-masing. Bagi kami kaum bapa (pengiring) tidak berani untuk menganjurkan apa-apa program. Namun bagi Najmi dan Imran, mereka sungguh gembira lepak di rumah sahaja. Mereka mengambil kesempatan mengisi cuti mereka dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang PS2. Lepas satu game ke satu game yang lain.



Namun bagi Ain sebaliknya. Dia tersisih. Dia tidak dapat ’menyertai’ liga PS2. Dia kurang berminat dan tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Najmi dan Imran mengawal ‘controller’ masing-masing. Ain merengek kebosanan. Sebagai penyelesaiannya, kami belikan untuk Ain sebuah komputer (PC) terpakai dari www.trademe.co.nz. Ain tersenyum riang bila mendapat komputer peribadinya. Komputer Pentium 4 dengan LCD skrin itu cuma berharga NZ110. Komputer tersebut berjaya mengubat kebosanan Ain. Dia dapat melayari website-website sambil bermain 'online game' kesukaannya seperti barbie, dora, barney, my little pony dan banyak lagi.. 





Tips: Teknologi komputer di Malaysia jauh lebih kehadapan dari New Zealand dan harga aksesori komputer di Malaysia jauh lebih murah. Kepada rakan-rakan yang akan datang ke New Zealand, nasihat kami belilah komputer dari Malaysia. Boleh cuba semak dan bandingkan harga komputer di NZ di laman web Harvey Norman, DickSmith dan Noel Leeming.  Saya pernah membeli UBS USB cable untuk printer dengan harga NZ$19.00 (hampir RM 50.00), kalau di Malaysia harganya cuma RM 5 sahaja.

Tuesday, May 6, 2008

Pelancaran Warna-Warni

Minggu -minggu awal di perjalanan PhD memang tenang. Tiada tekanan atau stress (harap-harap gembira sentiasa sampai ke sudah). Saya dan deb sempat mengambil peluang melihat perbentangan research proposal dari Binh Bui. Beliau menjalankan penyelidikan dalam bidang ’management accounting’. Professor-professor dari pelbagai bidang turut hadir, antaranya perakaunan, pengurusan dan ’commercial law’.


Binh's Presentation


Sesi soal jawab sungguh meriah dan ber’warna-warni’ dengan ’pelancaran’ soalan yang bertubi-tubi. Namun semua ’soalan’ berjaya di tangkis oleh Binh dengan mudah. Dia benar-benar bersedia. Bagi 'penonton' yang menyaksikan, timbul juga ’kegabraan’ tentang nasib yang akan menimpa diri masing-masing. Semuanya berharap dan berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.

Thursday, May 1, 2008

Hari-Hari Yang Sibuk

Hari-hari yang sibuk telah pun bermula. Saya hanya mampu berdoa kepada Nya, "Ya Allah mudahkanlah dan lapangkanlah segala urusanku, Amin"