Najmi telah lulus ujian mengaji untuk naik ke level yang lebih tinggi. Saya tumpang gembira. Ianya memberikan Najmi motivasi untuk terus bersungguh-sungguh belajar mengaji. Guru Najmi, Sister Feriel, memberitahu bahawa beliau suka mengajar anak-anak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Mereka anak-anak yang taat dan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Saya pun merasakan begitu. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapati anak-anak ini saat bersopan, taat dan bersungguh-sungguh berbanding dengan sahabat-sahabat mereka dari negara lain.
Najmi selalu menerima hadiah dari Sister Ferial
Sempat juga saya memaklumkan bahwa di Malaysia, sistem pengajian agama ini lebih sistematik. Terdapat sekolah agama di sebelah pagi atau petang yang merupakan 'complement' kepada sekolah 'rasmi'. Anak-anak di Malaysia belajar pelbagai perkara seperti Tauhid, Fekah, Sirah, Bahasa Arab, dan banyak lagi. Bila memikirkan perkara itu, terasa bertuah anak-anak di Malaysia. Najmi, Ain dan Imran terpaksa bertungkus lumus untuk mengejar mereka bila pulang ke Malaysia nanti.