Monday, March 23, 2009

Terbengkalai

Tiada entri yang menarik yang boleh dikongsikan. Entah mengapa hidup ini tiba-tiba menjadi rutin. Aktiviti yang dilakukan setiap hari adalah sama (1) masak + makan (2); hantar & ambik anak sekolah; (3) download annual report; (4) baca annual report; (5) download annual report; (6) baca annual report;(7) download annual report; (8) baca annual report;(9) download annual report; (10) baca annual report; (11) download annual report; (12) baca annual report; .... Oh berapa banyak annual report da...



Blog ini pun seperti mahu menurut jejak langkah beberapa blog rakan PhD yang terbengkalai dek kesibukan tugasan PhD. Namun saya gagahkan juga untuk menulis entri kerana nak beritahu kami sekeluarga di sini semuanya ok. Sebagai kesimpulannya, hidup ini telah menjadi rutin. Ohhh....



Semalam kami dan semua keluarga post grads bercadang nak pergi 'fruit picking' di Otaki. Namun cuaca hujan pula. Jadi program kena tunda ke minggu depan. Ain lah yang paling kecewa. Sebab dia yang paling suka petik- memetik ni. Ain sangat minat bidang pertanian ni. Mungkin bila Ain besar nanti, saya akan hantar dia sambung belajar kat NZ ni, suruh dia buat plantation atau Farming.. dan bila dia balik Malaysia suruh dia bela banyak (juta-juta) biri-biri macam kat NZ ni.. ha ha



Sorry lah entri kali ni tak berapa terurus.. mungkin sebab dah baca terlampau banyak sangat annual report.. Kira punya kira ada lebih kurang 3600 lagi annual report nak kena baca... Dalam tempoh 3 minggu ni dah baca lebih kurang 1000 annual report.... banyak tak? ... Selain dari 1000 annual report tu, saya jugak dah habis baca 3 novel oleh John Grisham dalam 3 minggu ni.. Mungkin tak lama lagi kena pakai cermin mata.... ha ha ...

6 comments:

  1. hahahaha...samalah kita..hari2 baca journal. Sampai dah juling biji mata..

    ReplyDelete
  2. Salam Khairul.

    Banyak-banyak-banyak. 3 minggu dapat baca 1000 annual report. Ada baki lagi 3600 annual report. Ini bermakna ada sebelas minggu lagi untuk baca annual report (3600/1000x3) plus 11 novel. Apapun selamat membaca.

    ReplyDelete
  3. KA & Deb,
    Agi Idup, Agi Ngelaban....bersama bergulai!...

    Gempur Wira,
    Merriwa Perth

    ReplyDelete
  4. Salam khairul/Deb,

    Amalan routine tulah rahsia kejayaan Phd. All the best.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum En. K & Dib,

    bab baca annual report ni, kak ani
    blm baca lagi dah rasa juling!!

    Novel John Grisham tu yg latest ke yg lama?
    Kalau yg latest, bawak balik ke sini Jun nanti
    & jual murah dgn kak ani. HeHe.

    ReplyDelete
  6. Salam semua

    En. Halim
    InsyaAllah dalam masa 4 bulan, aka siap semuanya.. selepas tu tak merdeka juga. Perjalanan masih jauh lagi ... Doakan kita semua berjaya.

    Halil,
    Apa tu.. bergulai apa... gulai kawah kelantan ke ?


    Bahrin,
    Terima kasih atas nasihat & doa

    Kak Ani,
    saya baca yang lama-lama punya..
    beli pun kat pasar tani je ..
    murah sahaja NZ$ 2 sahaja satu ...
    nanti kalau ada yang baru ..
    saya bawa balik ok ..

    ReplyDelete