Monday, March 9, 2009

Lemas

Saya sedang mengutip data dari 4,620 laporan tahunan syarikat. Bila melihat nombor tersebut, rasa stress timbul dalam diri. Bila dicadangkan oleh Supervisor (Prof. Keitha) beberapa bulan yang lalu, saya menolak dengan penuh hemah. Akhirnya, dia bersetuju dengan saya.

Namun kini, saya merasakan ialah satu pelaburan yang bijak. Selepas mendapat kelulusan Prof. Keitha dan Prof. Tony, saya memulakan tugas yang panjang ini. Ia memang benar-benar menguji kesabaran dan keimanan saya. Saya berharap data tersebut boleh digunakan juga selepas tamat pengajian nanti.

3 comments:

  1. assalamualaikum..

    Salam Maulidur Rasul buat En K sekeluarga..semoga segalanya dipermudahkan oleh buat Allah...

    ReplyDelete
  2. Salam Khairul,

    Biarlah kita lemas di lautan ilmu...

    ReplyDelete
  3. Salam Huda dan Encik Halim,

    Terima kasih...

    ReplyDelete