Tuesday, March 10, 2009

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang RMT. Bantuan makanan tambahan ini diberikan kepada sekolah pendalaman dan anak-anak miskin. Saya berpeluang untuk menikmati makanan tambahan ini ketika bersekolah di Sekolah kebangsaan Kg Poh, Bidor, Perak. Antara menu yang saya ingat ialah nasi lemak dan nai goreng. Memang sedap sungguh. Semua makanan tidak akan bersisa. Pinggan yang dipulangkan akan licin dan bersih .. he he



Apa yang menariknya ialah setiap kali waktu rehat kami akan berbaris dengan penuh kesabaran untuk mengambil makanan masing. Apakah menu hari itu... itulah yang berlegar-legar dalam fikiran. Tak cukup dengan RMT, saya juga membeli kuih untuk tambahan mengisi keperluan perut. Maklum sahajalah kanak-kanak yang sedang membesar. Namun saya hanya menikmati sehingga ke darjah 5 sahaja sebab kemudiannya bersekolah ke bandar (sebab sekolah itu hanya ada sehingga darjah 5). Jadi tiada lagi RMT.



Ketika di ITM Manjung sekali lagi saya dan rakan-rakan dapat berpeluang untuk mendapat makanan percuma. Selera ketika remaja (muda belia) memang ok sahaja. Tekak boleh menerima segalanya dengan baik. Menu yang paling saya suka ialah Nasi Ayam (Lunch Rabu) dan Nasi Minyak (Lunch Jumaat). Saya dan Rizuan (pensyarah Uniten) tidak akan lepas dari menikmati juadah percuma ini. Menu yang agak sukar ditelan ialah Ikan Cencaru (atau nama glamernya Ikan Jaket). Saya rasa semua ex-students ITM Manjung tidak akan lupa menu ini.



Kini tibalah giliran Najmi dan Ainul. Epuni Primary School menerima tajaan untuk buah-buahan percuma setiap hari. Setiap pelajar akan menerima satu biji buah setiap hari. Antaranya ialah bual epal, pear, orange, nectarine, plum... dan banyak lagi... Hati kecil saya berkata "RMT ala ala kiwi"

No comments:

Post a Comment