Thursday, March 5, 2009

Buku Baru

Saya tersenyum gembira membaca blog Prof. MKI di awal pagi ini. Buku baru Financial Reporting in Malaysia sudah siap, begitulah maksud kandungan entri tersebut. Saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Prof. Mustaffa Mohamed Zain atas usaha gigh mereka menyiapkan buku tersebut. Tanpa usaha gigih dan bantuan mereka, projek penulisan buku ini tidak akan berjaya.



Saya dan Deb hampir lupa sama sekali tentang projek buku ini. Sejak tiba di New Zealand, kami hanya menumpukan masa untuk pengajian PhD sahaja. Saya amat berterima kasih kepada Prof. MKI kerana banyak membimbing dan mengajar kami selama ini. Beliau ialah pensyarah, penyelia, mentor, penyelidik bersama, penulis bersama, sahabat dan juga keluarga. Namun kami tak sempat ber’BOS’kan beliau. Beliau hanya dilantik menjadi Pengarah UiTM Johor, selepas kami meninggalkan kampus tersebut. Mungkin ada hikmah dan rahsia Allah disebalik itu. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

9 comments:

  1. wah, x sabar nk bace buku ni...
    tahniah buat en.K nd pn.Wan n all the lecturers.
    :D

    ReplyDelete
  2. Salam Khairul dan keluarga. Apa khabar?

    Tahniah diucapkan. Semoga kelahiran buku ini memotivasikan rakan-rakan untuk menulis.

    ReplyDelete
  3. Salam KA,

    Tahniah. Kalau nak hadiahkan buku ni, aku bagi alamat..hehehe

    ReplyDelete
  4. Khairul & K.Cik, Tahniah drpd K.Na & A.Nil! Really proud on this big achievement.. have a good day!

    ReplyDelete
  5. salam khairul & adibah..
    congratulation!!! Well done!!!

    ReplyDelete
  6. Salam MauliduL Rasul 1430H..
    Hayati perjuangan ikuti teladan sebarkan keperibadian Nabi Junjungan..
    Smg kehidupan dalam ketenangan...

    -Andeh-

    ReplyDelete
  7. Salam Hanisah, En. Halim, Syah Kak Na, Asiah dan Andeh,
    Terima kasih atas sokongan. Semoga kita semua sentiasa beroleh kejayaan.. Amin

    ReplyDelete
  8. bagus la ko deb dah ada buku eh
    nanti bagi link sekali aku nak beli online ke. hehe :)

    ReplyDelete