Pelbagai aktiviti menarik berlangsung minggu lepas. Gambar di bawah menceritakannya
Saturday, March 28, 2009
Trikeathon, Zoo & Class Performance
Monday, March 23, 2009
Terbengkalai
Tiada entri yang menarik yang boleh dikongsikan. Entah mengapa hidup ini tiba-tiba menjadi rutin. Aktiviti yang dilakukan setiap hari adalah sama (1) masak + makan (2); hantar & ambik anak sekolah; (3) download annual report; (4) baca annual report; (5) download annual report; (6) baca annual report;(7) download annual report; (8) baca annual report;(9) download annual report; (10) baca annual report; (11) download annual report; (12) baca annual report; .... Oh berapa banyak annual report da...
Blog ini pun seperti mahu menurut jejak langkah beberapa blog rakan PhD yang terbengkalai dek kesibukan tugasan PhD. Namun saya gagahkan juga untuk menulis entri kerana nak beritahu kami sekeluarga di sini semuanya ok. Sebagai kesimpulannya, hidup ini telah menjadi rutin. Ohhh....
Semalam kami dan semua keluarga post grads bercadang nak pergi 'fruit picking' di Otaki. Namun cuaca hujan pula. Jadi program kena tunda ke minggu depan. Ain lah yang paling kecewa. Sebab dia yang paling suka petik- memetik ni. Ain sangat minat bidang pertanian ni. Mungkin bila Ain besar nanti, saya akan hantar dia sambung belajar kat NZ ni, suruh dia buat plantation atau Farming.. dan bila dia balik Malaysia suruh dia bela banyak (juta-juta) biri-biri macam kat NZ ni.. ha ha
Sorry lah entri kali ni tak berapa terurus.. mungkin sebab dah baca terlampau banyak sangat annual report.. Kira punya kira ada lebih kurang 3600 lagi annual report nak kena baca... Dalam tempoh 3 minggu ni dah baca lebih kurang 1000 annual report.... banyak tak? ... Selain dari 1000 annual report tu, saya jugak dah habis baca 3 novel oleh John Grisham dalam 3 minggu ni.. Mungkin tak lama lagi kena pakai cermin mata.... ha ha ...
Monday, March 16, 2009
A PhD Thesis without Tears
A PhD Thesis without Tears
by : John Creedy (Department of Economics The University of Melbourne)
Australian Economic Review
Volume 40 Issue 4, Pages 463 - 470
Happy reading.
I can't upload the article to this entry, due to copyright law.
Tapi jika tidak gagal mendapatkannya, boleh email saya di khairul.kamarudin@gmail.com
Friday, March 13, 2009
Dua Kegembiraan
Semalam kami menerima dua berita gembira. Kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran kepada NYA. Dialah yang Maha Berkuasa dan Dialah yang mengaturkan segala-galanya. Dialah memberikan rezeki dan memakbulkan doa hambanya yang sentiasa berusaha dan istiqamah berdoa memohon dari NYA.
Pertama: Adik bongsu saya Firdaus (aka Adik) menelefon untuk mengkhabarkan keputusan peperiksaan SPM. Adik mendapat 7A & 3B. Saya gembira mendengarnya dan bersyukur kepada Allah. Tahniah dari kami di Wellington. InsyaAllah nanti kami akan hantarkan hadiah buat kenang-kenangan. Mudah-mudahan adik dapat mengikuti kursus yang diminati selepas ini.
Kedua: Adik kami, Wan Najmuddin (aka Ayah Din) dan Farah Nini (Auntie Nini) dianugerahkan 2 orang cahayamata kembar (sulung.. & kedua). Seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah babies dan ibunya sihat. Syukur dan Tahniah dari kami. Nampaknya lepas ini sibuklah kedua-dua Nenek @ Wan menjaga cucunya. Yang pasti tiada aksi berebut cucu akan berlaku, sebab dapat 2 cucu sekali.. Ha ha.. Mungkin ini Anugerah Allah kepada mereka yang sentiasa bersabar dan berdoa kepada NYA.
Tuesday, March 10, 2009
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang RMT. Bantuan makanan tambahan ini diberikan kepada sekolah pendalaman dan anak-anak miskin. Saya berpeluang untuk menikmati makanan tambahan ini ketika bersekolah di Sekolah kebangsaan Kg Poh, Bidor, Perak. Antara menu yang saya ingat ialah nasi lemak dan nai goreng. Memang sedap sungguh. Semua makanan tidak akan bersisa. Pinggan yang dipulangkan akan licin dan bersih .. he he
Apa yang menariknya ialah setiap kali waktu rehat kami akan berbaris dengan penuh kesabaran untuk mengambil makanan masing. Apakah menu hari itu... itulah yang berlegar-legar dalam fikiran. Tak cukup dengan RMT, saya juga membeli kuih untuk tambahan mengisi keperluan perut. Maklum sahajalah kanak-kanak yang sedang membesar. Namun saya hanya menikmati sehingga ke darjah 5 sahaja sebab kemudiannya bersekolah ke bandar (sebab sekolah itu hanya ada sehingga darjah 5). Jadi tiada lagi RMT.
Ketika di ITM Manjung sekali lagi saya dan rakan-rakan dapat berpeluang untuk mendapat makanan percuma. Selera ketika remaja (muda belia) memang ok sahaja. Tekak boleh menerima segalanya dengan baik. Menu yang paling saya suka ialah Nasi Ayam (Lunch Rabu) dan Nasi Minyak (Lunch Jumaat). Saya dan Rizuan (pensyarah Uniten) tidak akan lepas dari menikmati juadah percuma ini. Menu yang agak sukar ditelan ialah Ikan Cencaru (atau nama glamernya Ikan Jaket). Saya rasa semua ex-students ITM Manjung tidak akan lupa menu ini.
Kini tibalah giliran Najmi dan Ainul. Epuni Primary School menerima tajaan untuk buah-buahan percuma setiap hari. Setiap pelajar akan menerima satu biji buah setiap hari. Antaranya ialah bual epal, pear, orange, nectarine, plum... dan banyak lagi... Hati kecil saya berkata "RMT ala ala kiwi"
Monday, March 9, 2009
... Tabahnya hatimu menempuh dugaan ...
kami susuli lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran
engkau taburkan perjuanganmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
tak terjangkau tinggi pengertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesunguhnya engkau rasul mulia
tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang paji kemenangan
terukir namamu di dalam al-quran
rasullulah kami umatmu
walau tak pernah melihat wajahmu
kami cuba mengingatimu
dan kami cuba mengamal sunahmu.....
kami sambung perjuanganmu
walau kami dicaci dihina
tapi kami tak pernah kecewa
ALLAH DAN RASUL sebagai pembela...
tak terjangkau tinggi pengertimu
tidak tergambar indah akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesunguhnya engkau rasul mulia
tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang paji kemenangan
terukir namamu didalam al-quran
Rasulullah dalam mengenang mu
kami susuli lembaran sirahmu
patih getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran
Lemas
Namun kini, saya merasakan ialah satu pelaburan yang bijak. Selepas mendapat kelulusan Prof. Keitha dan Prof. Tony, saya memulakan tugas yang panjang ini. Ia memang benar-benar menguji kesabaran dan keimanan saya. Saya berharap data tersebut boleh digunakan juga selepas tamat pengajian nanti.
Thursday, March 5, 2009
Buku Baru
Saya tersenyum gembira membaca blog Prof. MKI di awal pagi ini. Buku baru Financial Reporting in Malaysia sudah siap, begitulah maksud kandungan entri tersebut. Saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Prof. Mustaffa Mohamed Zain atas usaha gigh mereka menyiapkan buku tersebut. Tanpa usaha gigih dan bantuan mereka, projek penulisan buku ini tidak akan berjaya.
Saya dan Deb hampir lupa sama sekali tentang projek buku ini. Sejak tiba di New Zealand, kami hanya menumpukan masa untuk pengajian PhD sahaja. Saya amat berterima kasih kepada Prof. MKI kerana banyak membimbing dan mengajar kami selama ini. Beliau ialah pensyarah, penyelia, mentor, penyelidik bersama, penulis bersama, sahabat dan juga keluarga. Namun kami tak sempat ber’BOS’kan beliau. Beliau hanya dilantik menjadi Pengarah UiTM Johor, selepas kami meninggalkan kampus tersebut. Mungkin ada hikmah dan rahsia Allah disebalik itu. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Wednesday, March 4, 2009
Flippa Ball
Perlawanan Flippa Ball (Water Polo) petang tadi ialah perlawanan terakhir bagi musim ini. Petang tadi Najmi bermain sebagai goal keeper. Ia adalah aktiviti yang sentiasa dinantikan oleh Najmi setiap minggu. Petang Rabu pukul 5.00 hingga 6.30 dan bertempat di McKinsey Pool, Petone.
Keputusan petang tadi, pasukannya kalah. Namun ianya tidak mematahkan semangatnya. Dia akan sentiasa akan mencari-cari sebab kenapa pasukannya kalah .. ha ha
Sunday, March 1, 2009
Strawberry Picking
Tiada cerita baru yang nak diceritakan. Ini adalah gambar lama yang diambil pada 11 Januari 2009. Hari sebelumnya kami sekeluarga bersama semua rakan-rakan Welly berjalan ke Lavender farm. Ain sibuk nak pergi fruit picking. Nak pick strawberry katanya. Tapi hari tu hujan lebat. Dia diam sekejap. Ingatkan dia dah lupa perkara itu. Keesokan harinya, dia merengek nak pergi fruit picking juga. Jadi kami sekali lagi pergi ke Levin untuk menyampaikan hajat anak pompuan 'coang' tu.
Jenuh memetik strawberry. Kami bayar 16 dollar untuk 3 bekas. Dalam perjalanan balik, kami makan 1 bekas sebab lapar sangat. Tak bawa bekal makanan sebab tak plan lebih awal. Tambahan pula tiada kedai makanan halal di sepanjang perjalanan.