Kesejukan mula menyelubungi Wellington. Walaupun masih berada dalam musim panas, namun beberapa hari+malam yang lepas mencatatkan kesejukan seolah-olah telah berada di musim sejuk. Matahari yang tidak menampakkan sinarnya dan hujan rimis yang tidak berhenti menyebabkan aktiviti luar dan aktiviti membasuh kain juga tergendala. Namun kadang-kadang, panas juga agak melampau. Mungkin inikah yang dikatakan ‘global warming’. Namun di NZ, tidaklah sepanas Australia (mengikut kata rakan-rakan di sana).
Ainul dan Najmi membantu memunggah baki (10%) dari kayu
Selain dari elektrik heater, kami menggunakan 'Wood Burner' untuk memanaskan rumah. Memanaskan rumah menggunakan 'Wood Burner' adalah cara yang paling jimat berbandingkan dengan gas atau elektrik. Untuk tujuan itu, kami membeli 2 jenis kayu iaitu kayu Pine dan Gum. Kayu Pine ialah kayu yang lembut dan mudah dibakar, manakala kayu Gum ialah kayu yang keras dan sukar untuk dinyalakan. Namun apabila ia telah menyala, ia akan tahan lama dan haba yang di keluarkan juga jauh lebih panas.
Teringat kat Labu Labi: Nak cari kayu...nak cari kayu...nak cari kayu...nak cari kayu...
ReplyDeleteNurzea,
ReplyDeleteSaya pun teringat jugak.. seronok juga kalau dapat menonton filem P Ramlee ni.. Tak lekang gusi dengan gelak ketawa