Monday, February 9, 2009

Escape from winter

Dengan izin dari Allah swt, kami akan pulang ke Malaysia pada 6 Jun 2009 untuk pengumpulan data. Bak kata pepatah Melayu “Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..”. Begitulah perasaan hati, gembira yang amat sangat dan tidak sabar rasanya untuk berjumpa ahli keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.


Tambahan pula, kami dapat menyelamatkan diri dari kedinginan musim sejuk di Wellington ini. Kedinginan musim sejuk dan malam yang terlampau panjang menjadi kami tidak aktif kerana terpaksa berkurung di dalam rumah sahaja. Dalam masa yang sama, bil elektrik dan gas akan melambung tinggi.


Sudah tergambar kesedapan dan keenakan makanan di Malaysia. Ayam KFC adalah sasaran no 1 yang akan dituju sebaik mendarat di KLIA. Selain itu, Najmi, Ainul dan Imran akan dapat berpeluang bermanja bersama opah, nenek dan atuk mereka.


Sebenarnya, kami akan pulang bagi tujuan mengumpul data bagi tujuan penyelidikan. Semoga ianya berjalan dengan lancar. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan telita namun pantas. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

11 comments:

  1. Assalamualaikum..

    EN K dan Puan Wan..

    apa khabar?..wahh..encik dan puan nak balik ke Malaysia ya..:)
    InsyaAllah masa tu, saya praktikal di sekolah di Melaka..kalau en k dan puan wan berkunjung melaka, boleh saya jumpa en K dan puan :)

    InsyaAllah..saya doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah..aminn..

    ReplyDelete
  2. salam,
    En K
    Kat sini dah ramai yang boikot x mkn KFC dgn McD.. Boikot israel.. He he he.. Makan ayam goreng kat rumah jer..

    ReplyDelete
  3. Huda,
    InsyaAllah, jika kami sampai ke Melaka nanti saya akan sms.

    Reen,
    Ye ke .. he he .. Setahu saya di Malaysia, KFC ialah anak syarikat Johor Corp. dibawah kawalan Tan Sri Ali Hashim .. he he

    ReplyDelete
  4. waahhh.. betapa seronoknya dan betapa cemburunya kami mendengar akan perkabaran ini...walau apapun selamat maju jaya di sana...

    ReplyDelete
  5. waaa..en K n family nak balik M'sia..singgah la segamat..tapi malangnya batch kitorang da grad da..finally, kitorang grad gak..ramai gak yang 3 pointer en.K..tapi yang pastinya laila fairuz ANC la..kai semua bangga ngan laila..sekurang2nya ada gak wakil dari segamat kan..n ramai gak yang da bekerja..semuanya berkat doa keluarga and lecturer semua..

    semoga semua urusan En K n family akan dipermudahkan..

    welcome back!!

    ...aniazizah

    ReplyDelete
  6. dun forget us yah..

    bachelor of accountancy students..
    Jun 2006 - Dec 2008
    UiTM segamat,Johor..

    ReplyDelete
  7. Salam Mask & Jask,
    Terima kasih.. InsyaAllah masa Mask & Jask pun akan tiba nanti, bersabarlah dan teruskan perjuangan.

    Salam Aniazizah,
    Saya ucapkan tahniah, jika ada peluang sambung lagi buat ACCA atau Master. Saya dan Pn. Wan tumpang gembira mendengar kejayaan semua anak-anak murid. Saya mohon maaf jika ada salah dan silap saya semasa mengajar di kelas, berurusan di pejabat atau ketika menjalankan modul pembangunan pelajar serta waktu yang lain juga.. Saya doakan semua student saya berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Jangan lupa membalas jasa ibu & ayah..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat balik kampung. kami pun bakal menyusul Insyaallah. nanti leh jumpa kat sana noo!Pasal nak makan KFC tukan..heheh..rasanya semua orang yg dok obersea ni camtu kot coz so far dah 3 orang ada azam camtu...hehe..kami le tuh...pastu dgrnya family jask Mask pun nak pekena kfc dulu kat KLIA baru keluar jumpa family......now family u all lak..heheh...

    ReplyDelete
  9. Pasal KFC..walaupun owner org Islam, dia membayar penggunaan jenama dgn yuran yg sgt tinggi. tetep menyumbang kpd Israel...

    ReplyDelete
  10. salam

    selamat pulang ke tanah air..tak payah makan KFC lah.. betul kata kawan..ia tetap menyumbang kpd israel...tukar kepada ayam goreng alternatif..makan RFC..produk umat Islam tajaan HPA...lazat, halal dan bersih..:-)

    ReplyDelete
  11. KA dan Deb, Aku doakan semuga segalanya bejalan seperti yg dirancang....hp, Merriwa Perth

    ReplyDelete