Wednesday, February 25, 2009

Endnote X

Endnote X ialah ‘referencing software’ yang saya gunakan dalam pengajian ini. Mungkin ramai yang sudah mengetahuinya sejak dahulu lagi. Software ini banyak membantu untuk memudahkan penyimpanan dan artikel dan juag membuat rujukan. Saya hanya mendalaminya selepas mengikuti pengajian di sini. Proram ini dibekalkan oleh pihak Universiti kepada semua komputer milik di pejabat dan bagi kegunaan di komputer persendirian, pelajar boleh mendapatkannya software ini di perpustakaan.


Kursus untuk mengendalikan program ini juga sentiasa diadakan setiap kali ada permintaan dari pelajar. Apa yang perlu dibuat ialah mengisi borang di perpustakaan. Kepada rakan-rakan yang akan meneruskan pengajian di peringkat PhD, saya secara peribadi nasihatkan untuk belajar menggunakan software ini. Endnote X2 lebih sesuai bagi mereka yang menggunakan Windows Vista sebagai operating system. Namun begitu Endnote X juga boleh di’customise’ untuk Windows Vista dengan meng’update’ beberapa patches yang tertentu.

2 comments:

  1. K,
    Actually endnote ni dah ada kat uitm quite some time dah. Boleh dikatakan every month ILQAM (kat Shah Alam kampus) akan anjurkan kursus Endnote ni kat lecturers. And it is true, it really help the research students!

    ReplyDelete