4 Februari 2009, sesi persekolahan akan mula seperti biasa, Sudah lama anak-anak bercuti di rumah. Kalau di Malaysia anak-anak ini mesti sibuk dengan tuisyen, kem motivasi atau pulang ke kampung. Di sini tiada aktiviti semeriah itu.
Alhamdulillah, sempena cuti sekolah ini, Masjid Lower Hutt, menganjurkan program Summer Camp untuk anak-anak berumur antara 6 hingga 16 tahun. Antara aktivitinya ialah Quran, Tauhid, Sejarah, Sukan, Melukis dan banyak lagi. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.
Aktiviti sukan semasa rehat
Hari pertama Najmi pergi dengan muka masam, sebab kena pergi studi masa cuti sekolah. Ha ha kena kerahan tenaga ... Program ini bermula dari Zohor (1.30pm) hingga Asar (5.30pm) selama 4 hari seminggu dan dijalankan selama 4 minggu. Selain dari belajar, pada masa rehat, disediakan permainan seperti bola sepak, kriket dan lain-lain untuk anak-anak ini . Selepas beberapa hari, Najmi tidak sabar untuk pergi ke Masjid.
Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat juga mengisi sedikit masanya, kalautidak dia akan bermain game atau menonton TV sahaja sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment