Wednesday, February 25, 2009

Endnote X

Endnote X ialah ‘referencing software’ yang saya gunakan dalam pengajian ini. Mungkin ramai yang sudah mengetahuinya sejak dahulu lagi. Software ini banyak membantu untuk memudahkan penyimpanan dan artikel dan juag membuat rujukan. Saya hanya mendalaminya selepas mengikuti pengajian di sini. Proram ini dibekalkan oleh pihak Universiti kepada semua komputer milik di pejabat dan bagi kegunaan di komputer persendirian, pelajar boleh mendapatkannya software ini di perpustakaan.


Kursus untuk mengendalikan program ini juga sentiasa diadakan setiap kali ada permintaan dari pelajar. Apa yang perlu dibuat ialah mengisi borang di perpustakaan. Kepada rakan-rakan yang akan meneruskan pengajian di peringkat PhD, saya secara peribadi nasihatkan untuk belajar menggunakan software ini. Endnote X2 lebih sesuai bagi mereka yang menggunakan Windows Vista sebagai operating system. Namun begitu Endnote X juga boleh di’customise’ untuk Windows Vista dengan meng’update’ beberapa patches yang tertentu.

Sunday, February 15, 2009

Gum & Pine

Kesejukan mula menyelubungi Wellington. Walaupun masih berada dalam musim panas, namun beberapa hari+malam yang lepas mencatatkan kesejukan seolah-olah telah berada di musim sejuk. Matahari yang tidak menampakkan sinarnya dan hujan rimis yang tidak berhenti menyebabkan aktiviti luar dan aktiviti membasuh kain juga tergendala. Namun kadang-kadang, panas juga agak melampau. Mungkin inikah yang dikatakan ‘global warming’. Namun di NZ, tidaklah sepanas Australia (mengikut kata rakan-rakan di sana).



Ainul dan Najmi membantu memunggah baki (10%) dari kayu


Selain dari elektrik heater, kami menggunakan 'Wood Burner' untuk memanaskan rumah. Memanaskan rumah menggunakan 'Wood Burner' adalah cara yang paling jimat berbandingkan dengan gas atau elektrik. Untuk tujuan itu, kami membeli 2 jenis kayu iaitu kayu Pine dan Gum. Kayu Pine ialah kayu yang lembut dan mudah dibakar, manakala kayu Gum ialah kayu yang keras dan sukar untuk dinyalakan. Namun apabila ia telah menyala, ia akan tahan lama dan haba yang di keluarkan juga jauh lebih panas.

Wednesday, February 11, 2009

Kuasa Yang Maha Besar

Bukan semua manusia percaya akan kewujudan Tuhan. Di New Zealand ini ramai penduduk yang tidak percaya kepada Tuhan. Bagi mereka dunia ini terjadi dengan sendirinya. Saya teringat kata-kata seorang Ustaz ketika saya belajar di UiTM dahulu, bahawa semua manusia secara fitrahnya merasai kewujudan kuasa yang maha besar walaupun lidah mereka menafikannya. Sebagai contoh, apabila mereka sesat di dalam hutan atau hanyut ditengah lautan, hati dan jiwa mereka akan memohon bantuan dari yang Maha Kuasa.

Monday, February 9, 2009

Escape from winter

Dengan izin dari Allah swt, kami akan pulang ke Malaysia pada 6 Jun 2009 untuk pengumpulan data. Bak kata pepatah Melayu “Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..”. Begitulah perasaan hati, gembira yang amat sangat dan tidak sabar rasanya untuk berjumpa ahli keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.


Tambahan pula, kami dapat menyelamatkan diri dari kedinginan musim sejuk di Wellington ini. Kedinginan musim sejuk dan malam yang terlampau panjang menjadi kami tidak aktif kerana terpaksa berkurung di dalam rumah sahaja. Dalam masa yang sama, bil elektrik dan gas akan melambung tinggi.


Sudah tergambar kesedapan dan keenakan makanan di Malaysia. Ayam KFC adalah sasaran no 1 yang akan dituju sebaik mendarat di KLIA. Selain itu, Najmi, Ainul dan Imran akan dapat berpeluang bermanja bersama opah, nenek dan atuk mereka.


Sebenarnya, kami akan pulang bagi tujuan mengumpul data bagi tujuan penyelidikan. Semoga ianya berjalan dengan lancar. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan telita namun pantas. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Tuesday, February 3, 2009

Cuti Sekolah Berakhir

4 Februari 2009, sesi persekolahan akan mula seperti biasa, Sudah lama anak-anak bercuti di rumah. Kalau di Malaysia anak-anak ini mesti sibuk dengan tuisyen, kem motivasi atau pulang ke kampung. Di sini tiada aktiviti semeriah itu.


Alhamdulillah, sempena cuti sekolah ini, Masjid Lower Hutt, menganjurkan program Summer Camp untuk anak-anak berumur antara 6 hingga 16 tahun. Antara aktivitinya ialah Quran, Tauhid, Sejarah, Sukan, Melukis dan banyak lagi. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.



Aktiviti sukan semasa rehat



Hari pertama Najmi pergi dengan muka masam, sebab kena pergi studi masa cuti sekolah. Ha ha kena kerahan tenaga ... Program ini bermula dari Zohor (1.30pm) hingga Asar (5.30pm) selama 4 hari seminggu dan dijalankan selama 4 minggu. Selain dari belajar, pada masa rehat, disediakan permainan seperti bola sepak, kriket dan lain-lain untuk anak-anak ini . Selepas beberapa hari, Najmi tidak sabar untuk pergi ke Masjid.


Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat juga mengisi sedikit masanya, kalautidak dia akan bermain game atau menonton TV sahaja sepanjang hari.