Friday, August 20, 2010

Kesibukan Melampau


Rasanya dah terlampau lama bolg ini tak di'update'. Alasan sama saya berikan iaitu 'kesibukan melampau'. Itulah cabaran kepada pasangan yang kedua-duanya membuat PhD dalam masa yang sama. Alhamdulillah nasib baik anak-anak semuanya sudah lama meninggalkan zaman lampin dan botol susu. Kalau tidak, sudah tentu penuh dengan ruam merah kerana lampin lewat di tukar.

Saya berkira-kira untuk menutup laman blog ini. Mungkin masanya sudah semakin hampir. Saya kongsikan beberapa entry akhir untuk blog ini. Saya updatekan juga beberapa keping gambar Ainul dan Imran di Whakapapa Skifield. (Gambar Najmi saya tak uploadkan, sebab dia cakap " I hate publicity")

Walaupun sejuk, mereka gembira


Akitiviti tahunan yang sentiasa di nanti oleh Imran

.
.
.
.
Sekian, Salam Ramadhan dari kami sekeluarga.

Khairul, Adibah, Najmi, Ainul & Imran
Wellington, NZ

4 comments:

  1. Salam Khairul, janganlah ditutup blog ini. Ia menjadi pengubat rindu kepada sahabat-sahabatmu di sini.

    ReplyDelete
  2. Salam...En. Khairul
    Janganlah tutup blog nie:-( Saya sentiasa mengikutinya walaupun tidak mengenali En.Khairul sekeluarga secara langsung. Nice blog n keep it up!!

    ReplyDelete
  3. janganlah tutup..kalau sibuk,takpelah..tak sibuk boleh apdet ;-)

    ReplyDelete
  4. Mr K, jgnlah tutup..ianya amat banyak memberi info dlm persiapan kepada saya yang bakal 'terbang' ke bumi Auckland tidak berapa lama lagi..wlupun sy x kenal Mr K, tapi Mr K banyak membantu saya dan suami..

    ReplyDelete