Hati saya hancur. Saya sangat sedih. Saya telah kehilangan beberapa orang sahabat.
Yang terbaru, dua minggu yang lalu, saya terima email dari seorang sahabat lama, meminta saya memberi ‘softcopy’ data PhD saya kepadanya. Dia perlukan data tersebut untuk menjalankan analisa tambahan untuk PhD beliau. Saya rasa sangat serba salah. Dengan rasa berat hati, saya tolaknya permintaannya. Saya berikan dua alasan.
Pertama: Data tersebut ialah data utama PhD saya. Jika saya berikan kepada beliau, apa yang akan tinggal kepada PhD saya? Sesiapa sahaja boleh menjalankan analisa keatas data tersebut. Risikonya amat besar ...terlampau besar. Saya sangat takut. Saya boleh pulang dengan tangan kosong jika ada pelajar PhD lain yang menjalankan analisa yang sama dengan saya.
Kedua: Saya mengambil masa 8-9 bulan untuk mengumpul dan membina data tersebut. Wajarkah saya menyerah sesuatu yang sangat bernilai (yang mana saya sendiri belum habis gunakan) kepada orang lain. Malah, kedua-dua supervisor saya sendiri enggan menyimpan salinan data tersebut kerana merasakan bahawa mereka tiada hak keatasnya.
Sejak hari itu, saya tidak lagi mendapat balasan email dari beliau. Kali terakhir, saya berikan email ucapan selamat berpuasa kepada beliau. ... namun tiada jawapan langsung. Saya tahu beliau kecewa dengan sikap kedekut dan bakhil saya.
Adakah yang sebenarnya telah berlaku. Adakah saya telah berubah. Adakah pengajian PhD ini telah mengubah sikap saya dan telah merosakkan hati dan nurani saya. Adakah PhD ini telah menjadikan saya bersifat keras, zalim, kedekut, terlampau mementingkan diri sendiri, dan tak berperikemanusian. Saya sendiri tidak tahu jawapannya.
Soal data PhD ini memang menekan perasaan saya. Data yang menjadi asset kepada saya menjadi liabiliti (beban) yang terlampau berat. Permintaan menerusi email 2 minggu lepas bukanlah yang pertama dalam sejarah PhD saya. Sebenarnya, ia adalah permintaan dari orang yang ke-lima. Ya..memang betul ...yang kelima.. Bererti.. sudah lima orang sahabat dikecewakan...
Daripada lima rakan tersebut, dua orang masih lagi mengekalkan hubungan baik. Manakala tiga yang lain telah menyepikan diri, dalam diam mereka telah meninggalkan saya dan memutuskan persahabatan. Saya rasa sangat sedih, sangat kecewa dan sangat terkilan. Saya berdoa kepada Allah swt,
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Tuhan Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
Aku berlindung kepada-Mu dari rasa resah dan sedih, dan
Aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan kedekut, dan
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan syaitan dan penindasan manusia.
Ya Allah, Ya Rahim
Berikanlah keikhlasan kepada ku dalam menjalinkan hubungan persahabatan
Kau berikanlah kefahaman kepadaku sahabat-sahabat ku, dan
Berikanlah kepadaku sahabat-sahabat yang ikhlas lagi baik untukku.
Amin ya Allah.
its ur right, if they are good and wise friends they should respect it..
ReplyDeleteSalam. Kalau benar mereka 'pergi' kerana itu, mereka bukanlah sahabat yang sebenarnya.
ReplyDeleteHishamMB
slm en k & pn deb..
ReplyDeleteen tak perlu gusar, jika kerana cik k xberi data tu mereka dah tinggalkan cik k, kalau apa2 jd pd PhD cik k..pasti mereka pon takkan bertanggungjawab..kami nantikan kepulangan kalian dgn kejayaan..doa sy semoga ALLAH pmudahkan urusan kalian d sana..moga syawal akan tba ini dapat menjernihkan keadaan...
hnmm.. buat phD pun nak 'pinjam' data orang lain ker? nanti jadi Dr. palsu.. usaha le sendiri.. apa raa.. no worry mr K.. you dont need friend like that.. or may be you dont need enemy if you got friend like that..
ReplyDeleteSalam Khairul, Semoga Allah menunjukkan jalan terbaik untuk Khairul dan sahabat-sahabat Khairul tu dalam menangani isu ini.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletedear khairul n deb
ini adalah sebahagian cubaan dan dugaan PhD. Memang wajar keputusan yang diambil, tabahkan hati, kuatkan semangat.
Razana
Salam...redhalah dengan ketentuan Allah...3 sahabat yg pergi insyaallah beribu sahabat yg akan Allah gantikan...tetapkan hati, serahlah urusan selebihnya pada Allah...
ReplyDeleteMakin hampir kita mencapai cita2 makin hebat cabaran yg mendatang....
Tabahkan hati...kami di Malaysia sentiasa mengiringi kalian dengan doa. Semoga kalian pulang dengan kejayaan.....
Sabar banyak2.. Moga-moga Allah S.W.T sentiasa melindungi anda sekeluarga. amin
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima kasih semua sahabat atas nasihat dan pandangan. Really appreciate it. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Khairul
K,
ReplyDeleteTindakan yg betul. IMO, you are not being selfish, instead you are being cruel to be kind.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteKenapa gundah gulana kalau kita lakukan yang betul?
Bagaimanapun ada masanya kita berasa yang kita melakukan tindakan yang betul tetapi di sisi Allah ia belum tentu lagi.
Ada dua pilihan, bagi dengan tidak.
Solat istiharahlah. Barulah tindakan yang kita lakukan dipandu oleh Allah. Barulah kita tenang.
Kalau setakat berdasarkan akal dan logik... ia tidak akan berakhir perasaan gundah gulana tersebut!