Esoknya kami mengambil kesempatan melawat tempat-tempat di sekitar Wanganui. Kami sempat melawat Sergeant Gallery dan Wanganui Regional Museum . Namun begitu kami tidak berpeluang melawat Glass Studio. Sebenarnya Wangaui ini sangat terkenal dengan industri dan kesenian kaca.
Depan Wanganui Regional Museum
Yang ni Sarjeant Gallery
Dalam terowong untuk naik lift ke tower dari bandar Wanganui
Berlatarbelakangkan Wanganui river
Ain nak panjat tower ni ..
Selepas itu kami semua melawat Durie Hill Memorial Tower. Ianya merupakan satu menara yang mesti dilawati jika datang ke Wanganui. Berhampirannya dengannya kami turun ke dalam lift ke bawah tanah dan tembus ke Bandar Wanganui melalui suatu torrowong yang panjang. Ianya suatu yang menarik juga untuk dilawati. Anda akan dikenakan bayaran NZD untuk setiap kali turun atau naik.
Sebelum meninggalkan Bandar Wanganui untuk pulang kami membawa anak-anak ke Kowhai Park. Ia adalah satu taman permainan. Rekabentuknya sungguh kreatif. Sebab itu mungkin ada yang menggelarnya ‘best park in the world’
Flinstone & Imran
Ain main buai kat giant snake
in whale mouth
Gembira
Papa dan Mama
Imran steps on seal
Ini dah lupa .. apa dia
???
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke satu Windmill di Bandar Foxton. Kami dibawa melawat sehingga ke bahagian atas Windmill tersebut. Ianya dibina oleh kumpulan orang belanda yang tinggal di Bandar Foxton. Pelbagai barang seprti tepung, cenderamata dari Holand juga dijual didalam Windmill ini. Yang menariknya ialah antara yang dijual ialah rencah nasi goreng. Kami sangkakan ianya dari Malaysia atau Indonesia, rupa-rupanya tidak ianya datang dari Holand. Mungkin mereka terpengaruh dengan kesedapan nasi goreng malaysia semasa menjajah Negara kita suatu masa dulu.. mungkin juga ...
Windmill d Foxton
Papa bersama gandum yang telah siap dikisar
Khusyuk mendengar briefing dan Mat Salleh tu
Najmi posing kat mesin packing
Berat jugak batu pengisar gandum ni
Selepas itu kami singgah di Levin Park untuk sembahyang dan makan malam. Selepas berehat sebentar kami pulang semula ke Wellington. Secara ringkasnya, ianya percutian yang pendek tetapi padat dengan aktiviti.
cantiknya replika taman tu yer.budak2 mesti suka.
ReplyDeletetgk windmill tu terasa macam duk kat Amsterdam lak
alal la la....comel la gambar En Khairul dgn Pn Wan kat octopus tuuuu :)
ReplyDelete