Monday, August 24, 2009

Najmi mula berpuasa

Puasa kali ini memang istimewa bagi saya dan Deb. Anak kesayangan kami, Najmi mula berpuasa. Sehari sebelum itu, Deb memberikan ‘briefing ringkas’ tentang puasa kepada Najmi. Dia faham dan berazam untuk puasa pada keesokan hari. Ia merupakan hari yang panjang bagi kami, sekejap-sekejap kami menjenguk Najmi. Takut-takut dia tenat kelaparan.

Di sebelah petang, Najmi menangis apabila melihat Imran dan Ainul makan kentang goreng. Selepas tu diorang makan Aiskrim pula. Bila saya tanya dia nak makan ke. Dia kata tak nak, tapi air mata turun menitis.



Sekejap-sekejap dia bertanya berapa lama lagi waktu berbuka. Yang paling kelakar ialah bila Najmi mengatakan jam dinding rumah mungkin rosak. Saya dan Deb ketawa kecil. Apabila Najmi berbuka, dia makan kentang goreng. Air mata saya seakan-akan mahu turun bila melihat anak kecil kami sudah mula berpuasa. Sungguh cepat Najmi membesar. Saya rasa tak puas bermain dengannya semasa dia kecil dahulu.

6 comments:

  1. Salam Khairul, Deb,
    Memang gembira bila tengok anak kita dah mula berpuasa.. Saya kat rumah ada undang2 pada yg kecil bila tak puasa tak boleh makan depan yg puasa.. kena makan sorok2 belakang pintu dapur.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Salam En Khairul & Puan Wan....

    waaaa najmi dh mula puasa ye...sgt comel...
    najmi dh besar la....teringat gelagat dia masa kat segamat dulu :)

    ReplyDelete
  3. Salam En.K,

    TAHNIAH NAJMI!!!! Cayalah..mcm ni lah baru best.. Cakap kat Najmi, sape puasa penuh, raya dia lagi best dari org lain..hehe.. KEEP IT UP BOY!! We support u!!

    ReplyDelete
  4. tahniah utk najmi kerana berjaya puasa penuh.saya x menghadapi mslh utk si kakak berpuasa sbb dah diajar dr umo 5 tahun.cuma si adik masih belum start lagi..next year 5 tahun slow2 kena ajar puasa.

    masa kecik dulu cukup takut kalau x posa,sbb mak kata sapa x posa xleh raya ;-)

    ReplyDelete
  5. comel sangat entri ni...salam pd najmi!

    ReplyDelete
  6. Salam En. K n Pn. Wan..sgt kiut baca entri ni..congrats to Najmi..Rasanya mcm baru smlm tgk dia balik tadika kat UiTM Segamat dulu..cptnya masa berlalu..

    ReplyDelete