Wednesday, August 19, 2009

Meluncur Sled di Whakapapa, Mount Ruapehu.

Sabtu 15 Ogos 2009, kami dan beberapa sahabat post-grads melarikan diri dari kesibukan tugasan ke Mount Ruapehu. Kami bertolak seawal jam 5 pagi dan destinasi yang di tuju ialah Whakapapa Ski Area, Mount Ruapehu. Antara rakan yang turut serta ialah Zaidi & Haza sekeluarga, Nik & Fatma sekeluarga, Mehraj dan anaknya serta Karen Yang.

Najmi, Ainul dan Imran begitu excited. Mereka tidak sabar untuk membina snowman dan meluncur sled. Terpancar senyum di wajah mereka bila tompok-tompok salji kelihatan di tepian jalan semasa kereta Nissan kami mendaki Mount Ruapehu. Saya dan Deb tumpang gembira melihat telatah dan reaksi mereka bila sampai ke Whakapapa.


Ainul, Imran, Najmi & Irfan - Excited (baru tiba)

Mama & anak-anak kesayangan

Najmi said "Thank you for bringing us here Papa "

Ainul making giant snowball


Family photo with Mr. Snowman


The snowman is taller than Imran

Imran - I luv snow

Meluncur sled - Imran, Ainul & Mama


Imran, Najmi, Papa = Heavy vehicle coming watch out..

Kereta ni nyaris terjun gaung, dalam perjalanan turun


Kami bertolak turun dari Mount Ruapehu pada jam 4.00 petang, iaitu selepas Ski Area ditutup untuk pengunjung. Najmi, Ainul dan Imran kepenatan. Mereka tidak sabar untuk pulang dan berehat. Kereta kami laju meluncur ke bandar Wanganui , tempat di mana kami berhenti bermalam dan berehat di sana. Esok kami akan melawat Bandar Wanganui pula. Jika ada Izin dari Nya, di awal musim bunga nanti kami akan bawa anak-anak sekali lagi untuk meluncur sled di Whakapapa.

5 comments:

  1. Salam En.K,

    Waaah..gumbiranyer tgk dorg main snow n so totally suke pd Ainul punya jaket!!! And imran tersgt comel!!. Najmi really² got ur look lah Incik K.. Keep updating, tak sabar nak mbaca...

    ReplyDelete
  2. salam..
    wow..bila tgk snow ni . masih terasa kesejukkannya.
    anak2 saya x sempat buat snow man sbb x tahan sejuk..
    ainul siap bawak carrot yer

    anak2 saya cakap nak pegi snow lagi.insya Allah

    ReplyDelete
  3. SALAM
    SERONOKNYA..SELAMAT BERPUASA UNTUK KAK DIB N ABG KHAIRUL
    MOGA BEROLEH KEBERKATAN.

    ReplyDelete
  4. Salam Erma, Irfa dan Junita,
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. Bestnya... Selamat berpuasa dr Kna & family.

    ReplyDelete