Ucapan Selamat Hari Raya dari Najmi dan adik-adik.
sumber: perantau metro
Ucapan Selamat Hari Raya dari Najmi dan adik-adik.
sumber: perantau metro
Di sini saya panjangkan Promosi Istimewa lagi Penting Ini. Ia dari adik-adik kita yang prihatin menganjurkan program Ayuh Bantu Palestin.
AJK Roadshow Palestin NZ dengan kerjasama UMNO Wellington dan WMSO bersama jemputan khas AMAN PALESTIN BERHAD (Malaysia) dengan berbesar hati menjemput sekalian masyarakat Malaysia di Wellington ke siri Roadshow Palestin NZ di Wellington iaitu
Sila rujuk surat jemputan rasmi bersama tentatif, poster dan peta lokasi untuk maklumat mengenai program Ayuh Bantu Palestin atau layari http://seedofislam.blogspot.com/
Sehubungan dengan itu, pihak kami turut memohon sumbangan ikhlas daripada anda khusus untuk penduduk di Palestin. Sumbangan boleh dikirimkan melalui akaun bank berikut:
Nama Akaun : Miss A A Mohd Noor
No. Akaun : 12-3141-0304589-00
Tarikh Tutup : 29 Ogos 2009
Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada Sharifah Aminah (poporing_86@yahoo.com) atau Aisyah Amalina (aisyah_amalina@yahoo.com)
Jemputlah datang beramai-ramai menderma sambil beramal serta meluaskan pengetahuan mengenai isu-isu saudara seakidah kita. Sebarkan kepada kenalan yang lain. Ia pastinya akan memberikan anda pengalaman yang berbeza daripada biasa!
Jumpa anda semua di sana!!!
Sekian, Terima kasih.
Wassalam.
Khas daripada AJK Roadshow Palestin NZ
Esoknya kami mengambil kesempatan melawat tempat-tempat di sekitar Wanganui. Kami sempat melawat Sergeant Gallery dan Wanganui Regional Museum . Namun begitu kami tidak berpeluang melawat Glass Studio. Sebenarnya Wangaui ini sangat terkenal dengan industri dan kesenian kaca.
Depan Wanganui Regional Museum
Yang ni Sarjeant Gallery
Dalam terowong untuk naik lift ke tower dari bandar Wanganui
Berlatarbelakangkan Wanganui river
Ain nak panjat tower ni ..
Selepas itu kami semua melawat Durie Hill Memorial Tower. Ianya merupakan satu menara yang mesti dilawati jika datang ke Wanganui. Berhampirannya dengannya kami turun ke dalam lift ke bawah tanah dan tembus ke Bandar Wanganui melalui suatu torrowong yang panjang. Ianya suatu yang menarik juga untuk dilawati. Anda akan dikenakan bayaran NZD untuk setiap kali turun atau naik.
Sebelum meninggalkan Bandar Wanganui untuk pulang kami membawa anak-anak ke Kowhai Park. Ia adalah satu taman permainan. Rekabentuknya sungguh kreatif. Sebab itu mungkin ada yang menggelarnya ‘best park in the world’
Flinstone & Imran
Ain main buai kat giant snake
in whale mouth
Gembira
Papa dan Mama
Imran steps on seal
Ini dah lupa .. apa dia
???
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke satu Windmill di Bandar Foxton. Kami dibawa melawat sehingga ke bahagian atas Windmill tersebut. Ianya dibina oleh kumpulan orang belanda yang tinggal di Bandar Foxton. Pelbagai barang seprti tepung, cenderamata dari Holand juga dijual didalam Windmill ini. Yang menariknya ialah antara yang dijual ialah rencah nasi goreng. Kami sangkakan ianya dari Malaysia atau Indonesia, rupa-rupanya tidak ianya datang dari Holand. Mungkin mereka terpengaruh dengan kesedapan nasi goreng malaysia semasa menjajah Negara kita suatu masa dulu.. mungkin juga ...
Windmill d Foxton
Papa bersama gandum yang telah siap dikisar
Khusyuk mendengar briefing dan Mat Salleh tu
Najmi posing kat mesin packing
Berat jugak batu pengisar gandum ni
Selepas itu kami singgah di Levin Park untuk sembahyang dan makan malam. Selepas berehat sebentar kami pulang semula ke Wellington. Secara ringkasnya, ianya percutian yang pendek tetapi padat dengan aktiviti.
Puasa kali ini memang istimewa bagi saya dan Deb. Anak kesayangan kami, Najmi mula berpuasa. Sehari sebelum itu, Deb memberikan ‘briefing ringkas’ tentang puasa kepada Najmi. Dia faham dan berazam untuk puasa pada keesokan hari. Ia merupakan hari yang panjang bagi kami, sekejap-sekejap kami menjenguk Najmi. Takut-takut dia tenat kelaparan.
Di sebelah petang, Najmi menangis apabila melihat Imran dan Ainul makan kentang goreng. Selepas tu diorang makan Aiskrim pula. Bila saya tanya dia nak makan ke. Dia kata tak nak, tapi air mata turun menitis.
Sekejap-sekejap dia bertanya berapa lama lagi waktu berbuka. Yang paling kelakar ialah bila Najmi mengatakan jam dinding rumah mungkin rosak. Saya dan Deb ketawa kecil. Apabila Najmi berbuka, dia makan kentang goreng. Air mata saya seakan-akan mahu turun bila melihat anak kecil kami sudah mula berpuasa. Sungguh cepat Najmi membesar. Saya rasa tak puas bermain dengannya semasa dia kecil dahulu.
Untuk makluman, kami semua di NZ mula berpuasa pada hari ini (Sabtu). Pagi-pagi lagi Najmi sudah bangun bersahur. Inilah hari pertama dia belajar berpuasa. Kami harap Najmi dapat melaluinya dengan penuh kesabaran dan kejayaan.
Najmi, Ainul dan Imran begitu excited. Mereka tidak sabar untuk membina snowman dan meluncur sled. Terpancar senyum di wajah mereka bila tompok-tompok salji kelihatan di tepian jalan semasa kereta Nissan kami mendaki Mount Ruapehu. Saya dan Deb tumpang gembira melihat telatah dan reaksi mereka bila sampai ke Whakapapa.
Ainul, Imran, Najmi & Irfan - Excited (baru tiba)
Mama & anak-anak kesayangan
Ainul making giant snowball
Family photo with Mr. Snowman
The snowman is taller than Imran
Imran - I luv snow
Meluncur sled - Imran, Ainul & Mama
Imran, Najmi, Papa = Heavy vehicle coming watch out..
Kereta ni nyaris terjun gaung, dalam perjalanan turun
Zaidi, Mizi and Sham
Makanan rasmi : KFC and Satay kajang
Dato' Prof. Dr. Othman semakin muda dan gembira, Nak menyambut cucu katakan
Made in NZ
Sufian dan Ayra .. sanggup terbang dari Kuantan untuk majlis ini.
Nita, Aida and Ida
Datin and Leya
YM Prof. Dr. Ungku Maimunah pun turut hadir
Haza & Ida
InsyaAllah ini akan manjadi acara tahunan. Semua sahabat wellingtonion bersetuju dan teruja untuk mengadakan perjumpaan ini setiap tahun. Masing-masing tidak sabar untuk menunggu rakan-rakan yang berada di Wellington untuk pulang dan menyertai reunion ini pada tahun hadapan.
Beberapa jam lagi penerbangan MAS ke Auckland akan meninggalkan KLIA. Masa 2 bulan begitu cepat berlalu. Najmi dan Ainul merengek dan meragam tidak mahu pulang ke NZ. Imran excited untuk kembali semula ke Wellington.
Our Family
My atuk and nenek
My Atuk & cousin
My cousin - sofea
our cousin
My Atuk
Our uncles - Cik Dan & Cik Su
My Opah
Cik Na & Uncle Ikram
with Ayah Nil
Photo at Auckland Airport on 2 August 2009.
Same place but on 5 November 2007.
Kepada semua ahli keluarga dan sahabat. Terima kasih atas bantuan dan layanan mesra semasa di Malaysia. Bak kata Najmi " Thank you for being kind to me and my family". Kepada sahabat di Wellington, jumpa nanti di dalam kesejukan angin kutub selatan.