Saturday, May 30, 2009

NZD mengukuh berbanding RM

NZD mula mengukuh berbanding RM. Sungguh tidak ku sangka, NZD mampu mengukuh selepas kejatuhan teruk secara 6 bulan yang lalu. Bila bercerita tentang tukaran matawang ini, kami teringat saat ketiba baru tiba di Wellington pada NOv 2007. Ketika itu tukaran adalah RM 2.50++ bagi setiap NZD. kalau bawa RM10,000 bila tukar dapat lebih kurang NZD 3,900 sahaja. Masa tu kena berjimat sangat bagi memastikan 'soru' tak miss.

Selepas setahun, entah apa sebabnya. NZD terkena pernyakit semput. Saban hari menguncup sampai ke jatuh terkena angin ahmar pada 2 Februari. Pada tarikh tu, tukaran asing ialah pada RM 1.80 bagi setiap NZD 1.00. Saat tu kami rasa mewah. Di saat mat salleh, minah salleh, opah salleh dan atuk salleh kat sini semuanya tak berbelanja sebab ekonomi meleset dan duit diorang merudum, budak-budak Malaysia semuanya shopping sakan. Kalau pergi supermarket jumpa diorang sahaja. Briscoes (kedai pinggan mangkuk dan barangan kelengkapan rumah) penuh dengan budak Malaysia. Habis segala periuk dan pinggan mangkuk di borong mereka. Macam kat Langkawi dibuat deme.

Garaj Sale dan kedai barang terpakai tiba-tiba kehilangan pelanggan dari Malaysia. Yang rajin pergi garaj sale pada masa tu mat salleh dan minah salleh pulak. Dunia ibarat roda...

Cuma yang susahnya ketika NZD merudum, ialah barang makanan (diimport) semuanya jadi mahal. Barang-barang makanan dari Malaysia semuanya jadi sangat mahal. Kedai Asian Market punya stok pun berkurangan sebab tak import sangat barang dari Malaysia, sebab terlampau mahal. Jalan yang terbaik pada masa tu ialah poskan sahaja barang dari Malayisa. Beras siam wangi yang 25kg naik dari NZD 40.00 ke NZD 59.00. Terpaksalah kurang-kurang makan beras, kami makan roti dan pasta je.. he he .. macam boleh .. Pagi petang siang malam makan nasi juga...

Kini segalanya berubah kembali. Duit NZD dah naik balik. Duit RM dan lemah. Terpaksalah berjimat cermat. Nak ulas lebih-lebih pun tak tahu, sebabnya tak mengaji pasal isu matawang ini dengan mendalam... cuma suka nak perhatikan perubahan demografi pelanggan garaj sale, kedai barang terpakai dan Briscoes.

2 comments:

  1. NZD mengukuh ke RM merundum, tapi sama jer kot heheh. Saya mahu RM kuat tapi saya juga mahu NZD lagi tinggi by tahun depan, supaya untung bila bwk balik NZD ke M'sia nnt =P

    ReplyDelete
  2. Rasanyer NZD yang mengukuh, cuba lihat NZD-USD dan NZD-yen. ..hehe

    ReplyDelete