Kami sekeluarga menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Najmi, Ainul dan Imran sudah tidak sabar lagi. Habis semua cikgu di sekolah diberitahu mereka. Cikgu-cikgu bertanya saya, adakah kami akan pulang semula ke sini. Saya terpaksa menerangkannya. Mereka lega bila mengetahui bahawa Najmi dan Ainul akan pulang semula ke sekolah itu.
Mungkin dalam tempoh dua tahun lagi, Najmi, Ainul dan Imran akan meninggalkan terus semua cikgu-cikgu dan kawan-kawan mereka. Pasti saat itu, mereka akan sangat sedih. Mana tidaknya, semua cikgu-cikgu dan kawan-kawan teramat baik. Walaupun kami 'merantau' di sini, namun tiada langsung diskrimininasi. Mereka berkawan dan dilayan seperti mana murid kiwi yang lain.
Salam En KA sekeluarga,
ReplyDeleteharap sihat sejahtera semuanya. seronoknya dapat pulang bercuti ke Msia..pasti bukan Najmi, Ain dan Imran je yang tak sabar kan =)
Ok, selamat bercuti buat En sekeluarga dan hati2 ye
Jgn lupa contact bila dah kat Mysia nanti.
ReplyDeleteSemuga segalanya akan dipermudahkan Allah...
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteTerima kasih, tidak sabar rasanya untuk pulang. Hujan emas negeri orang ...
Salam Sdra Khairul,
ReplyDeleteSekadar tumpang bertanya, adakh Dr Abdullah dan Kak Yah, isterinya masih berada di Wellington.Jika tidak kebertan dan ada maklumat, boleh berikan emel beliau?Terim kasih.
Salam adybrisbane,
ReplyDeleteDr Abdullah dan keluarga sudah pulang ke Malaysia. Saudara boleh cuba hubungi beliau melalui blog http://abdullahyusoff.wordpress.com/